Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Turun Lagi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar yang ditetapkan secara mingguan mulai 30...

Al Barakah Ustaz Kazim...

IPOH - Pelik tapi benar... Pusat Pendidikan Al Barakah yang terletak di Manjoi...

Teruk Tertekan, Nana Kena...

KUALA LUMPUR - Penyanyi, pelakon dan hos popular, Siti Nordiana Alias mengakui pernah...

Dakwaan Minyak Masak Kitar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan menjalankan...

Apa Motif Filipina Manipulasi Kenyataan ASEAN?

TINDAKAN Filipina mengeluarkan kenyataan ASEAN mengenai Isu Rohingya amat menakutkan. Selain isi kenyataan yang pro Myanmar dipertikaikan, sikap melulu Filipina lebih dikesali.

Filipina tidak wajar menggunakan platform ASEAN selaku Pengerusi untuk memanipulasi pendirian anti Rohingya itu sebagai komitmen serantau.

Filipina tahu Malaysia sudah menyatakan pendirian mengkritik dasar Myanmar dalam menangani isu Rohinga. Pendirian Malaysia bukan baharu. Kerajaan Malaysia sudah memanggil Duta Myanmar di Kuala Lumpur sejak Disember tahun lalu bagi menyatakan bantahan.

Begitu juga Indonesia yang secara lantang mengkritik sikap Naypidaw sebaik sahaja keganasan pusingan kedua bermula pada 25 Ogos lalu. Filipina selaku Negara Pengerusi, jelas menggunakan kenyataan pro Myanmar itu dengan tujuan menipu dan berniat manipulasi.

Konsensus yang disebut Filipina dalam satu mesyuarat tidak formal peringkat pegawai tinggi ASEAN sempena persidangan PBB semalam, tidak wajar berlaku. Kecuali Filipina mempunyai agenda dan pakatan sulit bersama Myanmar.

Apakah Filipina bersikap bias dalam soal ini bagi menghalalkan apa juga tindakan Manila terhadap minoriti Islam dengan mengambil kira isu domestik negara itu di Mindanao?

Jika ini perkiraan Filipina, ia satu kekeliruan yang disengajakan. Malaysia dan Indonesia sepakat membantu Manila dalam isu Mindanao terutama memerangi militan Abu Sayyaf yang pro Daesh. Tetapi itu bukan tiket untuk Filipina merumuskan Kuala Lumpur dan Jakarta juga bersetuju menyifatkan isu Rohingya sebagai isu keganasan.


Isu di Rakhine dan Mindanao berbeza. Rakhine isu penghapusan etnik dan ia selaras dengan semangat PBB yang turut mengkritik perbuatan Kerajaan Myanmar sebagai tindakan penghapusan etnik.

Justeru, ada sebab Malaysia dan Indonesia memprotes kenyataan Filipina sebagai Pengerusi ASEAN semalam.

Kenyataan Filipina memang satu pembohongan kerana dalam sesi itu tiada konsensus dicapai bagi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan ASEAN menganggap isu Rohingya sebagai isu keganasan minoriti Islam.

ASEAN makin kalut nampaknya. Sudah ada manipulasi dan konspirasi nampaknya! – MYNEWSHUB.CC

Kategori