SATU aplikasi yang membolehkan orang ramai menyewa patung seks pada harga RM200 sehari, terpaksa ditutup kerana ia memberikan pengaruh buruk kepada masyarakat.
Ia ditutup selepas empat hari aplikasi dikenali ‘Touch’ itu dilancarkan di Beijing. Syarikat yang mengendalikannya menyediakan lima model patung seks yang diperbuat daripada silikon dan boleh disewa oleh orang awam.
Syarikat itu juga akan menggantikan ‘bahagian kritikal’ pada patung berkenaan untuk setiap pelanggan baru.
Patung itu akan dihantar kepada pelanggan. Patung berkenaan juga memaparkan kerakyatan China, Rusia, Korea dan Hong Kong termasuk salinan patung Wonder Woman yang didatangkan khas dengan pedang dan perisai.
Ia direka dalam saiz dewasa dengan berat setiap satu adalah 29.8kg. Bagi yang ingin pakaian khas seperti seragam jururawat, pelanggan perlu membayar kos tambahan.
Namun hari ini, jurucakap syarikat berkenaan memberitahu Touch akan ditutup selepas ia disiasat oleh pihak berkuasa.
Touch juga memohon maaf kerana memberikan pengaruh buruk kepada masyarakat.
Syarikat itu mendakwa ketika ia mereka aplikasi berkenaan enam bulan lalu, matlamatnya adalah untuk memberikan kegembiraan dalam hidup menerusi cara yang positif. – MYNEWSHUB.CC