Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pelajar Giatmara Maut Motosikal...

TAPAH - Seorang pelajar Giatmara Slim River maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah...

Lelaki Tunjuk Pistol Ketika...

BELGRADE - Seorang wartawan penyiaran sebuah stesen televisyen Serbia terkejut selepas seorang lelaki...

Satu Lagi Mayat Mangsa...

JOHOR BAHRU - Satu mayat mangsa bot karam di Pantai Batu Layar, Kota...

Kaedah Terbaik Bangunkan Kampung...

KUALA LUMPUR - Sejak Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan tawaran baharu...

APM Dijangka Terima Aset Tambahan November Ini

KANGAR – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dijangka menerima aset tambahan merangkumi 200 buah bot, 34 buah lori dan 17 buah bot amfibia Sealegs pada akhir November ini.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Azmy Yahya berkata aset itu adalah baki kepada aset yang diterima Mei lepas meliputi 27 buah lori dan 12 bot Sealegs.

“Aset-aset baharu yang diterima nanti akan membolehkan APM meningkatkan keupayaan operasi menyelamat khususnya pada musim tengkujuh yang dijangka melanda beberapa negeri Disember ini.

“Walaupun kita masih kekurangan aset, APM telah bersedia dengan pelan kontigensi untuk menghadapi sebarang masalah kritikal”, kata Azmy kepada pemberita pada program Korban Aidiladha APM Perlis di ibu pejabat agensi itu, di sini hari ini.

Beliau berkata APM akan berusaha mempercepatkan masa bertindak daripada 12 minit kepada 10 minit dengan adanya kelengkapan baharu tersebut.

Dalam perkembangan lain, Azmy berkata keanggotaan APM dijangka mencapai sasaran dua juta orang menjelang akhir tahun ini berbanding 1.6 juta orang pada masa ini.


Menurutnya APM mengamalkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan agensi-agensi seperti bomba, polis, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara serta pihak berkuasa tempatan.

Pada program itu, dua ekor lembu dikorbankan. masing-masing seekor disumbangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan seekor lagi oleh kerajaan Perlis. – BERNAMA

Kategori