Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Peguam Tawar Khidmat Sukarela...

PETALING JAYA – Sebuah firma guaman, Managing Partner of Thomas Philip menawarkan khidmat...

Malaysia Sedia Kembali Ke...

KUALA LUMPUR - Malaysia kini bersedia untuk kembali ke landasan sebagai hab pelaburan...

Najib Saran Jadikan Mahathir...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja...

Anda Berpeluang Memenangi Baucar...

SEMPENA 12.12, kita dapat melihat banyak laman perniagaan atas talian mula menawarkan harga...

APMM Selamatkan Enam Pemancing Terkandas

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tawau berjaya menyelamatkan enam pemancing tempatan di perairan Inderasabah di sini yang terkandas selepas enjin bot mereka mengalami kerosakan, pagi tadi.

Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Romli Mustafa berkata pihak Maritime Rescue Sub Centre (MRSC), Kota Kinabalu telah menerima panggilan kecemasan MERS 999 pada jam 10.11 pagi daripada seorang pemancing Sabri Abdul dari Kg. Air, Batu 4 Tawau memaklumkan bot pancing yang dinaiki bersama lima lagi rakannya mengalami kerosakan.

“Sejurus menerima maklumat anggota bot Banggi 12 dan Banggi 13 APMM yang sedang melakukan tugas rondaan di sekitar perairan tersebut diarahkan ke lokasi kejadian bagi mengesan dan memberi bantuan aset kepada mangsa,”katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Romli berkata pada jam 11.20 pagi bot peronda yang digerakkan tiba di lokasi dan berjaya menemui enam pemancing lelaki bersama sebuah bot pancing yang sedang hanyut lebih kurang dua batu nautika dari pantai Inderasabah.

“Kesemua enam pemancing berumur dalam lingkungan 22 hingga 28 tahun itu dijumpai selamat dan tiada sebarang kecederaan.

“Mereka dipindahkan menaiki bot APMM dan bot pancing ditunda masuk ke jeti Kg. Air, Batu 4 Tawau seterusnya diserahkan kepada ahli keluarga mereka,”katanya lagi.


Mengulas lanjut beliau menasihatkkan komuniti nelayan dan pemancing bot-bot kecil membuat persiapan dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya sebelum keluar ke laut berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Katanya, sebarang maklumat katanya berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang serta kejadian kecemasan di laut boleh dilaporkan dengan menghubungi terus di MERS 999 atau di talian 089-752115 Pusat Operasi Maritim Tawau. – BERNAMA

Kategori