Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bina Semula Benteng Dan...

KUALA LUMPUR – UMNO kini sedang membina dua teras utama untuk terus bergerak...

Mr Babe Majalah Untuk...

Adakah anda seorang lelaki yang gempal? Jika ya, mungkin anda berminat dengan majalah...

2 Peniaga Kerugian Gerai...

BUKIT MERTAJAM - Seorang peniaga bukan sahaja kerugian selepas gerai dan barang jualannya...

Donut Berharga RM380 Ini...

MEMBAYAR RM380 (USD$100) hanya semata-mata untuk sebiji donut memang kedengaran tidak masuk akal!Namun,...

“Apron Jalur Gemilang Tidak Sesuai” – PPIM

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa rakyat di negara ini supaya menghormati Jalur Gemilang dan tidak memakai bendera itu sewenang-wenangnya.

Mengenai tular isu pekerja restoran India Muslim memakai apron Jalur Gemilang, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka mungkin keliru antara patriotisme dan rasa hormat terhadap bendera itu.

“Sepatutnya ada batasan dalam penggunaannya, tetapi saya merasakan bahawa pekerja itu tiada niat jahat dalam pemakaian bendera itu,” tambahnya.

Lokasi dan nama restoran itu bagaimanapun tidak dikenal pasti.

Menurut Nadzim, apron digunakan untuk menghalang kotoran maka penggunaan Jalur Gemilang untuk tujuan itu adalah tidak sesuai.

“Kalau Jalur Gemilang dibuat sebagai baju, kita masih boleh terima. Bagaimana pula kalau ia digunakan sebagai alas kaki atau seluar dalam? Ia tidak boleh digunakan sesuka hati sahaja,” katanya.

Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu mendidik masyarakat mengenai perkara ini.


Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin), Datuk Jamarulkan Kadir turut bersetuju dengan kenyataan Nadzim berhubung isu penggunaan Jalur Gemilang sebagai apron.

“Jalur Gemilang adalah simbol bagi negara kita, jadi ia tidak boleh digunakan seperti itu,” kata Jamarulkhan.

Beliau berkata, penggunaan Jalur Gemilang di topi adalah lebih baik kerana kita seolah-olah ‘mengangkat bendera itu’.

Jamarulkhan yang juga bekas presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (Presma) berkata, restoran terbabit mungkin mahu mempromosikan Jalur Gemilang dan penggunaannya sebagai apron adalah tidak disengajakan. – The Star Online/mStar Online

Kategori