PELUANG terbaik Arsenal untuk layak ke Liga Juara-Juara pada musim depan adalah dengan memenangi Liga Europa pada akhir kempen ini.
Jika prestasi kelab itu berterusan seperti yang dipamerkan ketika ini, ia dianggap terlalu bagus untuk menjadikan ia kenyataan.
Pasukan Arsene Wenger itu berjaya memenangi dua perlawanan untuk dua kali berturut-turut pada peringkat kumpulan apabila Arsenal menjaringkan empat gol menewaskan Bate Borisov.
Kelab Belarus itu bukan saingan mudah kerana pernah menumpaskan Athletic Bilbao, Bayern Munich dan Roma pada perlawanan musim lalu, namun Gunners berjaya mendominasi perlawanan pada awal pagi Jumaat.
Theo Walcott dan Olivier Giroud mengawal perlawanan dengan menyumbang jaringan tiga daripada empat gol, manakala trio kurang berpengalaman seperti Joe Willock, Reiss Nelson dan Ainsley Maitland-Niles turut membuktikan kemampuan mereka untuk berada di dalam pasukan pertama buat beberapa tahun akan datang.
Memandangkan kebanyakan pemain tidak berpeluang beraksi penuh 90 minit pada Liga Perdana, prestasi Arsenal dijangka akan sedikit berkarat, namun kelab itu membuktikan tanggapan tersebut salah.
Giroud, Walcott dan Mohamed Elneny mungkin mampu merealisasikan impian Wenger untuk menggenggam tropi Eropah. – Goal/mStar Online