NAMA Allah selalu jadi sandaran. Sangat sedikit dilafazkan untuk tujuan kesyukuran, tetapi kerap dipersendakan dengan tujuan menutup kesalahan.
Itu fiil artis tempatan. Malah, istilah: “Hanya Allah mengetahui dan siapa anda untuk menghukum kami,” menjadi istilah stereotaip artis apabila berhujah membela diri.
Apabila artis pakai seksi hingga nampak lurah dendam atau Miss V, atau mewarna rambut, atau artis menari tayang buah dada, atau artis buang tudung tiba-tiba, semuanya akan dialasankan dengan nama Allah.
Hukum yang jelas adalah jelas. Dosa pahala telah digariskan oleh Allah untuk panduan manusia. Malah, hukum Allah telah jelas menjadi panduan dalam pelbagai amalan bermula daripada rukun Islam sampai rukun iman.
Justeru, banyak perkara sudah jelas dihukumkan. Dosa mewarna rambut, berpakaian mendedah aurat, menanggalkan tudung, bertatu, mabuk dan seks bebas tidak perlu didebat lagi. Hukumnya jelas haram dan berdosa.
Justeru, apabila artis melakukan antara perkara ini atau perkara-perkara yang sudah jelas hukumnya haram – jangan dipergunakan nama Allah untuk membela kesalahan.
Istilah: “Siapa anda untuk menghukum sudah tidak relevan.”
Setiap perlakuan yang berdosa boleh diadili manusia kerana hukumnya sudah jelas dinyatakan. Malah, hukum Allah boleh digunakan sampai ke tahap memancung kepala pesalah.
Apabila anda menari dengan menayangkan buah dada (secebis atau sebahagian) ia pasti satu dosa. Soal Allah lebih mengetahui ialah soal anda dengan Maha Pencipta. Namun, hukum dalam kehidupan telah sah perbuatan itu satu dosa.
Jadi agak melampau, sudah melakukan dosa terbuka, anda cuba menyalahkan masyarakat kerana menegur atau mengkritik perbuatan tersebut. Artis menyifatkan manusia cuba bertindak menjadi Tuhan.
Kita dah naik loya dan hampir muntah dengan kejahilan dan kebodohan artis dalam mempergunakan nama Allah. Anda berhak popular dan anda juga berhak jahil. Tetapi hiduplah dalam kejahilan tanpa perlu mempersendakan nama Allah.
Tahap desparado artis tempatan sudah kelas gaban. Setiap kali berlaku jahil, bukan kemaafan yang dipohon atau menyuarakan kekesalan – namun, masyarakat pula yang dipersalahkan.
Masyarakat seakan-akan dilarang bersuara menegur sikap artis sekali pun terhadap perbubatan yang jelas bertentangan dengan perintah Allah.
Wahai Persatuan Seniman, daripada sibuk bergaduh sana-sini, baik anda mula membersihkan nama Allah daripada dipersendakan artis yang tidak keruan! – MYNEWSHUB.CC