SEMUA pihak pada hari ini masih lagi menanti jawapan daripada pihak berkuasa mengenai punca kejadian kebakaran yang berlaku di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat semalam.
Malahan para netizen menerusi media sosial juga tidak terlepas untuk menzahirkan perasaan sedih tentang berita yang menyayat hati itu.
Selain Rizalman, ramai lagi artis tempatan yang berkesempatan untuk mengenali anak-anak syurga itu sebelum kejadian ini berlaku.
Semalam, Hafiz Hamidun ada memuat naik gambar serta Insta story ketika berada di pusat tahfiz dan Hospital Kuala Lumpur.
Hafiz juga diberi kesempatan oleh pihak HKL untuk berjumpa dengan ahli keluarga mangsa kebakaran.
“Saya diberi peluang oleh pihak HKL untuk bersama beberapa tetamu, masuk ke dalam melihat sendiri kondisi mayat pelajar-pelajar tahfiz yang terkorban,” kata Hafiz di dalam video yang dimuat naik olehnya semalam.
Selain itu, Amy Search dan Umie Aida juga ada memuat naik gambar kenangan terakhir mereka bersama dengan pelajar tahfiz tersebut bersama beberapa orang guru. Turut kelihatan di dalma gambar tersebut, Ustaz Yusuf yang turut terkorban dalam kebakaran itu.
Abby Abadi juga memberitahu di akaun Instagram miliknya bahawa Madrasah Uthmanniyah Smart Tahfiz, iaitu tahfiz anak sulungnya juga dikatakan telah mengadakan solat jenazah ghaib ke atas mangsa kebakaran.
https://www.instagram.com/p/BZBmYpMl7CI/?taken-by=abby_abadi112
Ramai lagi selebriti tempatan yang turut berkongsi rasa sedih yang menyelubungi semua penduduk Malaysia ketika ini. Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenai kejadian ini.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah