Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bunuh, Kerat Kekasih Kerana...

TAIPEI - Seorang peninju amatur bertindak membunuh teman wanitanya sebelum mengerat mayat mangsa...

MotoGP: Saingan Sengit Antara...

SEPANG - Pelumba Movistar Yamaha, Valentino Rossi mengakui perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia...

PM Tiba Di Jakarta...

JAKARTA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selamat tiba di ibu kota...

Jemaah Malaysia Pamer Disiplin...

MINA: Keadaan sesak dan sempit tidak menjadi halangan jemaah haji Malaysia terus menjaga...

Aspek Keselamatan Perlu Dipatuhi Buka Pusat Tahfiz

SEREMBAN – Pusat madrasah tahfiz yang ingin beroperasi di negeri ini perlu mematuhi segala aspek termasuk keselamatan agar tidak berlaku insiden yang tidak diingini, kata Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Beliau berkata aspek keselamatan penting ditekankan memandangkan semakin banyak madrasah tahfiz yang dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

“Saya berpandangan, kepada semua madrasah tahfiz yang ingin beroperasi khususnya di negeri ini, supaya menepati piawaian yang ditetapkan sebelum beroperasi bagi tujuan keselamatan dan juga mestilah lengkap dengan kemudahan asas seperti air dan elektrik.

Saya dapati antara punca-punca pusat tahfiz ini menjadi tidak selamat dan tiada kemudahan asas adalah disebabkan kekurangan dana kerana kebanyakannya ditubuhkan dengan harta yang diinfak orang ramai,” katanya kepada media selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Tahfiz STIFIn Darul Ulum di sini, hari ini.

Turut hadir Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Muhammed Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Tahfizh Leadership Indonesia Jamil Az-Zaini.

Sementara itu, menceritakan pengalaman menguruskan pusat tahfiz di Indonesia, Jamil berkata setiap pelajar akan ditempatkan dalam satu bilik bersama tiga rakannya.

“Bilik tidur para pelajar ini dilengkapi dengan satu bilik air dengan keadaan bilik seperti di hotel supaya para pelajar dapat menggunakan kemudahan yang selesa dalam menuntut ilmu al-Quran.

“Ajaran kami di Indonesia ialah berfikir mesti besar namun bermula dengan perkara kecil-kecilan seperti aspek kebersihan, pakaian, kekemasan bilik tidur dan integriti dalam diri pelajar,” katanya.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata, pihaknya akan melakukan pemeriksaan di semua pusat tahfiz khususnya yang mempunyai asrama bermula Isnin ini bagi mengenal pasti premis yang tidak mematuhi aspek keselamatan ditetapkan.

“Sebanyak 31 institusi tahfiz dan sekolah agama telah berdaftar dengan bomba dan kesemuanya akan menjalani pemeriksaan keselamatan khususnya ruang penginapan, tangga, lampu kecemasan, pintu dan laluan kecemasan.

“Jika didapati premis tidak mematuhi piawaian, tindakan akan diambil iaitu pemberian notis mengikut Seksyen 10, Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341),” katanya.

Beliau berkata jika pemilik premis gagal patuhi notis awal yang telah dikemukakan, notis denda akan dikeluarkan yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Kategori