Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Parti Boleh Bentuk...

KOTA KINABALU - Tiada parti yang boleh membentuk kerajaan negeri secara bersendirian di...

Kesukarelawan Mampu Bentuk Jati...

NILAI – Budaya kesukarelawan dalam kalangan generasi muda perlu diperhebatkan kerana ia mampu...

UMNO Sabah Iktiraf Peranan...

SANDAKAN - UMNO Sabah mengiktiraf peranan Puteri UMNO sebagai salah satu sayap penting...

Malaysia Airlines Elak Ruang...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines mengelak daripada menggunakan laluan udara Iraq bagi penerbangan...

Aswara Tawar Program Pengajian Seni Digital

KUALA LUMPUR – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) kini menawarkan beberapa program pengajian seni digital terutamanya program animasi dan seni permainan digital di peringkat diploma dan ijazah.

Program-program itu dikelolakan oleh Fakulti Animasi dan Multimedia (A&M) yang ditubuhkan bertujuan melahirkan graduan khusus dalam bidang animasi dan seni permainan digital yang berkuatiti dengan menerapkan nilai seni warisan serta teknologi moden, demikian menurut kenyataan media Aswara.

Fakulti itu juga diwujudkan bagi menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyemarakkan pendidikan berasaskan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) terutamanya dalam bidang seni digital, animasi dan pembangunan video.

Di fakulti A&M, program pengajian yang ditawarkan termasuk Diplomasi Animasi, Ijazah Sarjana Muda Animasi dengan Kepujian dan Ijazah Seni Permainan Digital dengan Kepujian.

Dalam pada itu, menurut Aswara, Fakulti A&M telah menerima dana antarabangsa daripada ASEAN untuk membina penceriaan alam simulasi Melaka 1511 pada platform realiti virtual yang dilihat sebagai peluang untuk institusi itu bergiat aktif dalam industri di samping memperkukuhkan pembelajaran berpandukan TVET.


Pembangunan projek itu yang melibatkan kerjasama antara pakar industri, penyelidik, sejarawan dan pelajar-pelajar Aswara boleh menggalakkan pembelajaran secara bermasalah selain meningkatkan kematangan berfikir serta budaya profesionalisme yang diperlukan bakal graduan, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori