LANGKAWI – Program-program di Pusat GiatMara Langkawi akan disesuaikan untuk melatih modal insan yang mampu merebut peluang daripada perkembangan pesat yang berlaku di pulau itu, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Beliau berkata ini bagi menampung kepeluan program pembangunan di pulau pelancongan tersebut yang menuntut ramai tenaga mahir.
“Program latihan ini cukup berkesan dan memberi faedah yang besar kepada penduduk setempat terutama sekali dalam bidang-bidang yang boleh menyediakan mereka untuk mendapatkan pekerjaan ataupun menjalankan perniagaan sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ‘Moh Ngeteh Merdeka KKLW’ di Pusat GiatMara Langkawi, di sini hari ini.
Awang Adek turut berjanji untuk terus memberikan sentuhan yang sesuai kepada rakyat agar mereka dapat menikmati taraf kehidupan yang lebih baik menerusia bantuan Mara. – BERNAMA