SEMUA kanak-kanak akan mencari ibu bapa mereka terlebih dahulu dalam semua perkara. Tidak kira perkara gembira atau perkara yang menyedihkan hati mereka,
Sokongan dan bimbingan dari ibu bapa merupakan aspek terpenting dalam mewujudkan rasa dan suasana selamat pada anak-anak.
Tetapi, ada kalanya ibu bapa juga melakukan kesilapan yang mengguris hati anak mereka tanpa disedari dengan mengeluarkan beberapa perkataan yang tidak seharusnya disebut.
Menurut my.theasianparent.com, pakar psikilogi meminta agar ibu bapa tidak menyebut 5 ayat ini kerana ia mampu memberikan kesan buruk terhadap anak-anak.
1. “Berhenti menangis sekarang!”
Ya, kadang kala memang tangisan anak boleh membuatkan anda berang dan naik angin. tetapi jika anda mengeluarkan ayat ini dalam keadaan marah, ia akan menyebabkan anak anda merasa tidak dibenarkan untuk mempunyai emosi sendiri.
Cuba pujuk mereka untuk berhenti menangis dengan ayat yang lebih lembut, contohnya:
“Tak mengapa jika kamu menangis. tetapi apa yang kamu buat ini salah…..” Dengan cara ini, anak anda akan merasa selesa untuk berkongsi dengan anda masalah yang dihidapinya.
2. “Ibu/ayah kecewa dengan perangai kamu!”
Ayat ini sering terkeluar dari mulut ibu bapa tanpa sengaja ketika berasa kecewa atau marah dengan anak. Tindakan seperti ini akan menyebabkan anak anda berasa dirinya tidak berguna dan akan menyebabkan gangguan kepada emosi dan fikiran mereka.
Anda boleh menggunakan ayat “Apa yang kamu akukan ini mampu menyebabkan ibu/ayah bersedih. Kita bincang elok-elok dan cari jalan penyelesaian, okay?”
Kan lebih lembut? Anak anda juga akan berasa disayangi!
3. “Kamu tidak bagus. Cuba jadi seperti….”
Apabila anda menyatakan anak anda tidak bagus dan membandingkan mereka dengan yang lain, mereka akan mula meragui diri sendiri dan kenyakinan diri mereka juga akan mula hilang.
Tumbesaran mereka juga akan mula terganggu dan akan akan berhadapan dengan sifat kurang keyakinan diri dalam semua aspek kehidupan.
4. “Kamu ini tak bergunalah!”
Jangan sesekali mengeluarkan ayat ini kepada anak anda. Jika anak anda mendengar ayat ini daripada anda, mereka akan berasa takut untuk cuba melakukan sesuatu perkara pada masa akan datang.
Gantikan ayat tersebut dengan, “Tak ada orang yang sempurna. Tak mengapa jika kamu melakukan kesalahan, lain kali kamu buat dengan lebih baik, ya?”
Ia akan menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk anda anak mencuba dengan lebih bagus selepas ini.
5. “Kamu anak yang jahat!”
Jangan gunakan ayat ini kepada anak anda langsung! Walaupun dalam keadaan yang betul-betul menguji kesabaran anda.
Anda tidak boleh membuat anak anda berasa diri mereka jahat walaupun tindakan mereka terbukti salah dan merupakan kesalahan yang besar.
“Tak baik buat perkara macam ini. Jika kamu terus bersikap seperti ini, kamu akan mendapat masalah dalam kehidupan kamu pada masa akan datang. Kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik, okay?”
Gunakan frasa yang lebih lembut dan senang difahami tanpa mengguris hati anak anda. Terangkan kepada mereka apa yang dilakukan salah dan akan mengundang masalah jika mereka kerap mengulanginya.
Selamat mencuba! – MYNEWSHUB.CC