Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Budak 5 Tahun Cedera...

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera di bahagian kepala apabila sebuah helikopter...

Setahun Lepas Ibunya Pergi,...

SIAPA sangka, tahun lalu Amat Saruna telah kehilangan isteri tercinta dan semalam, dia...

Pengarah KK Mart, Pembekal...

Pengasas rangkaian kedai serbaneka KK Mart, Chai Kee Kan, dan isterinya Loh Siew...

Najib Hadir Majlis Rumah...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis rumah...

Azmin Ali Hipokrit Ke China Cari Pelabur

KUALA LUMPUR – Lawatan Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali ke China baru-baru ini bagi mendapatkan pelaburan dari negara itu jelas membuktikan sikap hipokrit Pakatan Harapan.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, Pakatan Harapan sering menuduh kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjual negara kepada China setiap kali Najib berjaya mendapatkan pelaburan di negara itu.

“Rakyat tidak harus ditipu melalui segala terma ekonomi serta pelaburan yang digunakan pembangkang dalam cubaan mengelirukan kefahaman rakyat serta membandingkan usaha mereka dengan perkara yang dibuat oleh kerajaan persekutuan.

“Pembangkang hari ini umpama meludah ke langit. Cukup-cukuplah mengelirukan rakyat dengan sikap hipokrit mereka. Tindakan mereka ini bukan sahaja hipokrit malah cuba meraih keuntungan dan hasil dari usaha yang telah mereka kritik sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Budiman dalam pada itu turut mengingatkan, kerajaan PKR Selangor sebenarnya berpotensi mendapatkan pelaburan di China kerana hasil inisiatif dan kerja keras yang dimulakan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan.

Jelas beliau, Perdana Menteri yang menggerakkan pelbagai usaha bagi membawa masuk pelaburan dari China sama ada melalui Government-to-Government, Businesss-to-Business mahupun People-to-People termasuklah ketika lawatan Perdana Menteri ke China pada Mei lalu.

Menurut beliau, jumlah pelaburan China ke Malaysia dari usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri ini mencecah lebih dari RM30 bilion.


“Usaha Kerajaan Persekutuan ini juga telah memungkinkan syarikat terkenal dari China Ali Baba Group untuk membuka hub pengedarannya di Sepang yang secara langsung dan tidak langsung akan membawa pulangan kepada kerajaan Selangor,” jelasnya.

Malangnya, kata beliau, kejayaan Perdana Menteri membawa sejumlah pelaburan yang besar buat negara telah dijadikan modal politik pembangkang yang mendakwa Kerajaan Persekutuan sedang menjual negara kepada China.

“Harus diingatkan di sini, keberadaan Mohamed Azmin di China tidak mungkin akan berlaku jika tiadanya usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Tambah beliau, rakyat kini juga mengetahui rupa-rupanya kerajaan DAP Pulau Pinang turut mendapatkan pinjaman dari China bagi menampung perbelanjaan pembangunan di negeri itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori