Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rasuah Lori Kebal, 9...

PULAU PINANG - Kes rasuah yang menjadi perhatian ramai melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan...

GRO Ditahan Ketika Leka...

Melaka : Seramai 17 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO)...

Wanita Miliki Simpanan RM1.4...

LANGKAWI - Polis menahan seorang wanita yang dipercayai dalang utama jaringan pengedaran dadah...

Pemeriksaan Imigresen Kembali Normal

SINGAPURA - Sistem pemeriksaan darat oleh pihak imigresen di sini kembali normal pagi...

Banjir Bawa Puyu, Sepat, Haruan & Lampam

KANGAR – Paras air yang meningkat akibat banjir kilat di beberapa tempat di negeri ini dimanfaatkan penduduk dengan aktiviti menjala dan menahan pukat.

Tinjauan BH di kawasan yang paling terjejas iaitu Tebing Tinggi, di sini, mendapati puluhan penduduk mengambil kesempatan melakukan aktiviti berkenaan di kawasan sawah padi yang ditenggelami air.

Antara hasil yang diperoleh mereka adalah ikan sepat, puyu, haruan dan lampam.

Seorang penduduk, Shafie Shiom, 54, berkata aktiviti menjala ini adalah hobinya tidak kira sama ada banjir ataupun tidak.

“Walaupun masuk hari ketiga banjir di sini, hari ini saya baru berkesempatan untuk menjala.

“Alhamdulilah, baru 15 minit sudah berbelas ekor ikan yang diperoleh,” katanya yang ditemani isteri, Radziah Zain, 52.


Sementara itu, pesara kerajaan, Yusof Abdul, 62, yang menahan pukat berkata, sekurang-kurangnya 30 ekor ikan diperoleh setiap kali pukat dinaikkan.

“Ada pelbagai jenis ikan, yang paling banyak adalah puyu. Biasanya dua ke tiga jam sekali selepas pukat ditahan baru saya tengok hasil ikan yang diperoleh,” katanya. – BH Online

Kategori