Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jamal Guna Laluan Tikus...

PENGERUSI Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos sebelum ini menafikan laporan...

Lelaki Ditahan Ketika Cuba...

SEORANG lelaki ditahan oleh Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tengah hari, Isnin lalu...

Seorang Lagi Ditahan Bantu...

PETALING JAYA : Seorang pembantu kepada pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Buka Sempadan Jika Rt...

Putrajaya : Pembukaan sempadan akan dibuka sepenuhnya sekiranya kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt)...

Banjir Di Kedah Menurun Kepada 2,746 Mangsa

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah pada 12 tengah hari ini menurun kepada 2,746 orang berbanding 3,621 orang pagi tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah itu menurun selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air semakin surut.

Kesemua mangsa daripada 759 keluarga itu ditempatkan di 21 pusat pemindahan dan daripada jumlah itu, 12 pusat dibuka di daerah Kota Setar.

Antaranya ialah Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, Alor Setar membabitkan 334 mangsa, PP SK Seri Gunung (151), PP SK Alor Mengkudu (117), PP Dewan Taman Sri Bagan (95), PP Surau Pondok Kepala Bukit (88), PP Surau Assyakirin, Kepala Batas (75), PP Masjid Kampung Lengkuas (46), PP SK Bukit Pinang (40), PP Dewan Wawasan Kampung Kelompang (32), PP SK Suka Menanti (26), PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (13) dan PP SK Taman Aman seramai sembilan mangsa.

Sementara itu, mangsa banjir di daerah Kubang Pasu telah ditempatkan di empat pusat iaitu di PP Dewan Lubuk Batu (512), PP SMK Mahawangsa (182), PP Dewan Tokong Cina (167) dan PP SK Kodiang Lama seramai 41 mangsa.

Di daerah Pokok Sena, empat pusat pemindahan adalah di PP SK Bukit Hijau dengan 439 mangsa, PP Dewan Kampung Permatang Limau (35), PP Dewan Lubuk Keriang (35) dan PP Dewan Kampung Empa seramai 16 mangsa.


Sementara itu, di daerah Pendang satu pusat pemindahan dibuka yang menempatkan 280 mangsa di PP Pusat Rakan Sukan Tanah Merah.

Cuaca di Kedah keseluruhannya pada masa ini adalah baik. – BERNAMA

Kategori