Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Inspektor ‘Lalok’ Dipenjara 15...

INSPEKTOR polis dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Sandakan, hari ini atas...

Saksi Trauma Pelajar Terjatuh...

KUALA LUMPUR - "Trauma, tak tahu nak kata apa bila tiba-tiba seorang daripada...

PRU14: Mungkinkah Calon Wanita...

KOTA KINABALU - Trend penglibatan golongan wanita di negara ini dalam pentas politik...

Pelajar Bakar Mercun Di...

SHAH ALAM - Seorang pelajar ditahan selepas disyaki membakar dan meletupkan dua biji...

Banjir Kilat Di Kedah Terkawal, 2 Pusat Pemindahan Ditutup

ALOR SETAR – Banjir kilat yang melanda negeri ini sejak dua hari lalu kini terkawal dengan sebahagian mangsa telah dibenarkan pulang dan dua pusat pemindahan ditutup.

Di KUALA MUDA, dua pusat pemindahan yang dibuka semalam, iaitu di Surau Kampung Tengah dan Dewan Kampung Tengah, menempatkan keseluruhan 214 mangsa daripada 49 keluarga, ditutup sepenuhnya pada 8 pagi ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, kesemua mangsa telah dibenarkan pulang untuk membersihkan rumah masing-masing apabila air semakin surut pada awal pagi ini.

Di BANDAR BAHARU, satu pusat pemindahan baharu dibuka pada 7 pagi tadi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kechil Ulu bagi menempatkan 106 mangsa daripada 26 keluarga.

Sementara itu, jumlah mangsa yang ditempatkan di SK Bandar Baharu pula meningkat kepada 88 orang berbanding 74 semalam manakala di Dewan Kampung Majidee kekal 10 mangsa.

Di BALING, sebanyak 38 buah rumah di tujuh kampung terjejas apabila air Sungai Ketil dan Sungai Kemangi melimpahi tebing susulan hujan lebat selama dua jam bermula 8 malam semalam.


Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah itu Shamsul Izrin Isahak berkata ia melibatkan keseluruhan 109 penduduk namun namun tiada pusat pemindahan rasmi dibuka setakat ini.

“Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Kemangi (4 orang), Kampung Tengah Ulu Tawar (6), Kampung Badang (8), Kampung Gelugor (10) dan Kampung Tanjung (4),” katanya. – BERNAMA

Kategori