Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi,...

MUAR: Keadaan tegang dan perang mulut antara sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dan...

Motosikal Bertembung, 2 Penunggang...

GEORGE TOWN - Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung dari arah...

Bella Kurus, Muka Berparut...

Kuala Lumpur : Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mohamad Imran Mohamed Zanyuin,...

Video: Tindakan Lelaki Kena...

Pelik lagi memeningkan! Itu gambaran perihal kes yang baru berlaku di Korea Selatan...

Banjir Kilat Di Mukim Siong Baling Kembali Pulih

BALING – Banjir kilat yang menjejaskan 235 penduduk dari 47 buah rumah di Mukim Siong di sini petang semalam, sudah kembali pulih.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata, air Sungai Ketil yang melimpah sejak pukul 6 petang itu telah menjejaskan penduduk di Kampung Batu 60, Kampung Sri Ketengga, Kampung Tanjung Pari, Kampung Batu 8 dan Kampung Bukit Sebelah.

“Selain rumah, beberapa masjid juga dinaiki air sehingga mencecah satu meter selepas berlakunya hujan lebat sejak pukul 3 petang dan bagaimanapun, air mula surut menjelang pukul 9 malam dan mangsa yang berpindah sementara ke masjid dan rumah jiran mula pulang dan membersihkan rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Shamsul Izrin juga memberitahu, bantuan dan lawatan awal sudah dilakukan oleh wakil pejabat daerah, pejabat anggota parlimen dan pejabat Dewan Undangan Negeri ( DUN) Bayu. – BERNAMA

Kategori