Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Felda Berhasrat Bantu Lahir...

FELDA berhasrat membantu Persatuan Pelayaran Johor secara berterusan untuk melahirkan lebih ramai atlet...

Seorang Pekerja Wanita Warga...

SEPANG - Seorang pekerja wanita warga Indonesia maut disambar petir ketika menyelenggara landskap...

DPPM: AMGGRC Ada Unsur...

MELAKA - Penganjuran All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) di sini disifatkan sebagai...

Tangkapan Militan Daesh Bukti...

KOTA KINABALU - Tangkapan terhadap individu yang terlibat dalam kumpulan militan Daesh, khususnya...

Banjir Kilat Di Parit Buntar & Bagan Serai

PARIT BUNTAR – Hujan lebat yang berterusan lebih tujuh jam menyebabkan beberapa kawasan di mukim Parit Buntar dan beberapa lokasi di Bagan Serai ditenggelami air sedalam 0.3 meter, sejak petang tadi.​​​​​​

Hujan lebat dan angin kencang telah menyebabkan sejumlah lima kejadian membabitkan pokok tumbang dan bumbung rosak dikenal pasti di lima lokasi berasingan yang turut mengakibatkan dua kenderaan rosak.

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Kapten (PA) Rahmat Paimin berkata hujan lebat bermula 5 pagi dan berakhir 11.30 pagi, sebelum berulang semula pada pukul 2 petang sehingga lewat petang tadi.

Beliau berkata hujan lebat berulang sepanjang hari juga menyebabkan kira-kira 50 rumah penduduk di Taman Kerian, Pekan Baru, Jalan Ismail Arof, Taman Aman Sejahtera dan Taman Damai di sini, terjejas akibat dilanda banjir kilat.

“Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Bukit Gantang dan SMK Methodist dinaiki air sekali gus menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu,”katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Rahmat, yang juga Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Kerian berkata sejak awal pagi, semua agensi kerajaan terlibat di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian telah turun padang memantau dan melaksanakan kerja pembersihan pokok-pokok tumbang di seluruh daerah.

Katanya, sejumlah lima kes pokok tumbang dan bumbung diterbangkan turut dilaporkan di kawasan Taman Wawasan, kawasan perindustrian Simpang Lima, Kuala Gula, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.


“Sehingga kini, pihak kami masih menyiasat jumlah kerosakan harta benda, bagaimanapun tiada mangsa terbabit dalam bencana itu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Kerian (MDK), Mohd Razif Ramli berkata jalan-jalan utama di sekitar pekan Parit Buntar dan Bagan Serai masih boleh dilalui kenderaan.

Beliau berkata meskipun air memenuhi sistem perparitan di seluruh pusat bandar namun aliran air berjalan lancar dan tidak tersekat dengan himpunan sampah-sarap.

“Fenomena air laut pasang besar yang sudah berakhir turut membantu meminimumkan risiko banjir kilat lebih buruk. Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian difahamkan sudah mengaktifkan pam air bagi mengalirkan terus air parit ke sungai lebih awal, sekali gus mengurangkan risiko banjir kilat lebih buruk,” katanya. – BERNAMA

Kategori