Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Beg Ini Boleh Jadi...

KETIKA pergi melancong, salah satu perkara paling kritikal ialah basuh pakaian terutama jika...

Sah! Liverpool… Alisson Penjaga...

ALISSON menjadi penjaga gol paling mahal dalam sejarah selepas Liverpool bayar Roma sebanyak...

Spiderman Jual Nasi Lemak...

KEUNIKAN menggayakan kostum adiwira Spiderman menjadikan perniagaan jualan nasi lemak yang diusahakan Zawawi...

COVID-19: 5,566 Kes Baharu,...

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan 5,566 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu,...

Banjir: Sebuah Lagi Sekolah Ditutup Esok Di Kedah

JITRA – Sebuah lagi sekolah di Kedah, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Hijau di Pokok Sena akan ditutup esok berikutan jalan yang menghubungkan ke sekolah itu dinaiki air akibat banjir kilat.

Penolong Pengarah Kanan (Ketua Unit), Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Negeri, Abdullah Abdull Manaf berkata ini menjadikan jumlah sekolah yang ditutup esok sebanyak dua, selain SK Seri Banai dekat sini.

“Penutupan ini juga disebabkan SK Bukit Hijau dijadikan pusat pemindahan yang menempatkan 435 mangsa banjir dan ia dijangka semakin meningkat,” katanya menerusi kenyataan.

Bagaimanapun katanya tempoh penutupan kedua-dua sekolah berkenaan bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

Di Kota Setar, antara sekolah yang dijadikan pusat pemindahan ialah SK Alor Mengkudu, SK Gunung, SK Bukit Hijau, SK Bukit Pinang, SK Titi Gajah manakala di daerah Kubang Pasu melibatkan SMK Seri Mahawangsa, SK Jitra dan SK Kodiang Lama. – BERNAMA

Kategori