MOTIF orang berniaga lazimnya adalah untuk mencari rezeki dan sumber pendapatan yang halal.
Berniaga bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya. Bukan perkara yang senang kerana perlu tempuh banyak halangan dan dugaan selain komitmen yang begitu tinggi.
Lebih-lebih lagi bagi perniagaan yang baru sahaja nak naik. Salah satu cara untuk maju adalah dengan menjaga kepuasan pelanggan.
Namun, apabila kita sudah cuba yang terbaik, bukan semua pelanggan pula yang berpuas hati dengan layanan kita.
Perkongsian luahan rasa kecewa oleh wanita ini telah menarik perhatian ramai ramai. Pelanggan sanggup batalkan pesanan pada saat akhir!
“Alhamdullilah, first time dapat customer macam ni… semalam order nak kek arini… bila dah siap petang tanya kek dah siap ke.. saya kata sudah… tiba-tiba cakap tak jadi ambik… dah la tak jadi ambik, saya jugak kena bodoh…. semalam tak tido siapkan kek… awak… awak ni kalau dah order jangan buat macam ni…cari lak salah saya…
“Kata tak suka kaler ni, pastu saya nak tukar krim tapi tak nak… Malah siap minta kurang lagi… klu tak duit takpe je dik tapi jangan wat orang macam saya macam ni saya ni niaga online… siti fai ko kenal x dia ni… aku betul nyirap…. takpe awak saya tak kebulur duit awak… cuma saya nak awak tolong jaga hati orang..,” luah wanita berkenaan.
Bayangkan orang tu sudah berhempas pulas tak tidur malam bagi menyiapkan hasil yang terbaik. Bukannya berterima kasih malah siap memperbodohkan orang!
Apa ni? Beragak lah sikit, kalau ye pun tak suka. Janganlah biadab sangat sampai memperbodohkan orang.
Berikut adalah perkongsian wanita berkenaan:
Korang yang baca pun geramkan? Sudahlah cancel last minute. Lepas tu’ suka hati pulak perbodohkan orang pula. Akal letak mana? – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura