Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Perhimpunan Tertutup Satu Onar,...

PUTRAJAYA - Anggota UMNO dilarang menyertai perhimpunan tertutup yang dilaporkan bakal dihadiri pemimpin...

“Azmin PM Ke-8, Mohon...

KUALA LUMPUR – Beberapa kain rentang yang dipasang di sekitar Presint 14, Putrajaya...

JPJ Perlis Keluarkan 72...

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan 72 saman kepada pengguna jalan...

Wanita Maut Terkena Semut...

MALANG menimpa seorang wanita apabila dia digigit oleh semut api beracun sehingga meninggal...

Bau Bahan Terbakar Di Timur Laut Singapura

SINGAPURA – Penduduk di bahagian timur laut Singapura mengadu mereka menghidu kualiti udara ‘tidak selesa’ sejak petang hari ini.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kemaskini Facebooknya pada awal malam ini (7.45 malam), berkata ia menerima beberapa panggilan mengenai bau gas atau kebakaran di kawasan berkenaan.

SCDF berkata ia telah mengerahkan sumbernya untuk menyiasat.

“Belum ada sebarang insiden yang disahkan,” katanya dan menyatakan SCDF dan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) memantau rapi keadaan.

Berhubung laporan harian mengenai situasi jerebu, NEA berkata, pada 6 petang hari ini, Indeks Standard Pencemaran (PSI) 24 jam ialah 50-54, di bahagin bawah julat Sederhana.

Ia mengambil perhatian bahawa satu titik panas dikesan di bahagian utara Sumatra dan tidak ada tanda-tanda asap atau jerebu dikesan.


The Straits Times melaporkan bahawa “bau itu dipercayai datang dari Johor.”

Miguel Pena menulis pada Facebook SCDF: “Kawasan lapangan terbang Seletar terburuk. Seperti memandu dalam awan… bau gas yang kuat…”

“Bishan (berbau) seperti minyak tanah atau bau ‘fogging’, sukar bernafas, rasa pening, semua tingkap rumah ditutup,” tulis Leonard Low. – BERNAMA

Kategori