TERKINI di pasaran, kita dapat melihat pelbagai jenis corak dan rekaan beg yang berbentuk unik menjadi pilihan serta trend orang ramai.
Ada rekaan yang berbentuk comel, lucu dan tidak kurang yang pelik! Namun, selalu yang pelik itulah menjadi pilihan ramai.
Sebab apa? Yelah… mestilah sebab nak dapatkan perhatian orang lain kan…Tak macam tu?
Kalau sebelum ni ada beg dengan rekaan yang menyerupai seakan binatang peliharaan seperti muka kucing, anjing atau tikus.
Terbaru, pereka beg nampaknya semakin eksterm apabila tular baru-baru ini rekaan beg yang dilihat menyerupai bentuk perut manusia.
Wahhh! dahsyat sungguh ya nampaknya orang kita sekarang ni. Bukan main lagi idea masing-masing…
Apa yang lagi melucukan, ‘perut’ tersebut kelihatan sedikit boroi.
Bukan itu sahaja, ia juga dilihat terdiri daripada pelbagai jenis permukaan kulit ‘perut’ dan warna. Ada yang berkerut, berlapik dan tidak kurang juga berbulu! Luculah!
Apabila ia dipakai pada pinggang, ramai yang akan keliru dan menyangka bahawa ia adalah perut si pemakai.
Berikut adalah beg ‘perut’ tersebut:
Haaa… macam perut yang realkan? Siap ada corak yang berbulu dan menggerutu gitewww guys! Ada tak agak-agak yang berminat?
Okay… cuba bayangkan kalau rekaan beg sebegini dijual di Malaysia. Pasti golongan insan ‘perut’ boroi dilihat semakin meningkat kan! – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura