Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Agong Terima Anugerah Tertinggi...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima...

Menyentuh Hati, Bapa Cari...

KISAH ini wajib dibaca oleh para pekerja yang berasakan tugas anda membebankan dan...

Malaysia Tak Rela Jadi...

SERDANG – Skuad ragbi tujuh sepasukan kebangsaan berazam mempamerkan persembahan terpuji pada Sukan...

14 Lagi Jenazah Mangsa...

POKOK SENA - Sebanyak 14 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui di...

Mudahnya Rasuah Pegawai F1 Singapura Masuk Litar Haram

SINGAPURA – Negara terkecil rantau Asia tenggara ini cukup berbangga dengan kadar rasuah antara terendah di dunia selain aktiviti penguatkuasaan yang cukup tegas sejak sekian lama.

Namun foto terbaharu ini nyata mencalar kewibawaan Singapura sehingga menjadi bahan ketawa masyarakat antarabangsa sendiri yang bukan sahaja terkejut, malah lebih teruk ada dakwa ini baru sedikit sahaja terdedah!

Susulan insiden amat memalukan republik itu, penganjur Formula 1 Grand Prix Singapura sedang menyiasat teliti mengenai insiden yang melibatkan pencerobohan di litar perlumbaan Marina Bay pada hujung minggu lalu.

Ini ekoran penularan sekeping gambar eksklusif dimuat naik menerusi laman Facebook pada Ahad lalu yang jelas menunjukkan pasangan lelaki dan wanita warga asing selamba berdiri megah di litar perlumbaan F1 itu.

Catatan keterangan gambar pada Facebook itu berbunyi: “Jam 3 pagi. Kami memberi ‘wang sogok’ kepada pengawal keselamatan supaya dia membenarkan kami agar dapat memasuki litar perlumbaan F1 tersebut.

“Dia bukan sahaja bersetuju untuk berbuat demikian. Malah turut merakamkan gambar kami ini. Mereka yang bukan peminat setia perlumbaan F1 mungkin tidak dapat memahaminya, tetapi tidak bagi kita semua.”


Jurucakap Singapore GP memberitahu agensi berita Mediacorp bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan agensi keselamatan yang ditugaskan berkhidmat di kawasan terbabit untuk menyiasat dakwaan rasuah tersebut.

“Aspek keselamatan setiap penonton adalah keutamaan kami bahkan pihak kami sendiri amat memandang serius tehadap dakwaan gejala rasuah ini,” kata jurucakap penganjur sebagai merujuk isu foto pada Facebook itu.

Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton menjuarai perlumbaan selepas tiga pelumba terlibat dalam rempuhan yang berlaku. Cuma 12 pelumba berjaya menamatkan perlumbaan semalam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori