Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ribuan Warga Parit Teruja...

GENAP dua minggu lalu, penduduk Parit teruja apabila lebih 4,000 tetamu dari seluruh...

Airul Firham Akan Jadi...

SAO PAULO - Pemenang pingat gangsa di World Skills Competition (WSC) Sao Paulo,...

Kanak-Kanak 18 Bulan Ditemui...

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan maut selepas dipercayai lemas setelah terjatuh...

Tunjuk Kemaluan, Pemandu Teksi...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang...

BN Selangor Adakan Ceramah ‘Jelajah Kasih Negeriku’

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor akan menjelajah ke seluruh negeri itu menerusi siri ceramah ‘Jelajah Kasih Negeriku’ bertujuan menyampaikan maklumat terkini membabitkan isu tempatan dan nasional selain menjadi medium komunikasi dengan rakyat Selangor.

Ketua Penerangannya Datuk Mohamad Satim Diman berkata jelajah yang berkonsepkan santai dan berinformasi itu akan bermula pertengahan bulan ini meliputi kesemua 22 kawasan Parlimen dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita akan turun ke semua kawasan ini kerana kita dapat banyak aduan dan maklumat mengenai kegagalan kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang untuk berkhidmat kepada rakyat serta memungkiri janji yang dibuat ketika pilihan raya umum (PRU) sebelum ini seperti penyediaan pendidikan percuma dan infrastruktur yang baik.

“Kita nak pastikan rakyat Selangor mendapat pembelaan sewajarnya dan pada masa sama menerusi jelajah ini BN akan dekati rakyat Selangor untuk jelaskan isu-isu nasional yang dimomokkan kepada mereka oleh pembangkang seperti isu GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu Mohamad Satim berkata Jelajah Kasih Negeriku akan membuka peluang kepada kumpulan sasar untuk melontarkan idea dan berkongsi pelbagai maklumat bagi membolehkan pihaknya merangka jalan penyelesaian termasuk menyediakan manifesto BN Selangor pada PRU ke-14 (PRU14).


Menurutnya siri jelajah itu akan bermula di DUN Selat Klang dan akan diteruskan ke kawasan DUN lain sehingga tiba PRU14.

Beliau berkata BN Selangor turut memperkenalkan talian khas hotline 019-7917936 sebagai saluran maklumat bagi memudahkan rakyat membuat aduan membabitkan kawasan mereka. – BERNAMA

Kategori