Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Akta Baharu Tetap Lindungi...

KAJANG - Kerajaan memberi jaminan akta baharu yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948...

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO...

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid disahkan...

Che Ta Mahu Saman...

AKIBAT difitnah tidak membayar gaji bekas pemandunya sebanyak RM2,000, pelakon Rozita Che Wan...

Tiada Tindakan Hina Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, menolak permohonan pihak pendakwaan...

BN Tanpa Gagal Sedia Ruang Pendidikan Rakyat

SEMPORNA – Kerajaan Barisan Nasional tanpa gagal menyediakan pelbagai ruang dan peluang pendidikan kepada rakyat Sabah termasuk ke arah pembangunan modal insan , kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marahaban.

Beliau berkata pilihan terlalu luas kepada rakyat malahan pelajar sekolah boleh memilih sama ada melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik mahupun teknikal.

“Pendidikan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dan sebab itu pelbagai medium bantuan termasuk biasiswa pendidikan disediakan bagi pelajar yang kurang berkemampuan.

“Selain itu, kerajaan turut menubuhkan pelbagai pusat pendidikan di setiap negeri bagi mendedahkan pelajar dengan segenap ilmu pendidikan termasuk ilmu kemahiran dengan mewujudkan kolej komuniti dan giat mara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Eskplorasi Pendidikan Pan-Borneo (EPPB) 2017 Zon Sabah di SMK Datuk Seri Panglima Jakarullah di sini, hari ini.

Pada program itu seramai 300 pelajar dari sembilan sekolah menengah di daerah ini hadir dengan pelbagai aktiviti diadakan antaranya taklimat pendidikan, gerai pameran berkaitan informasi pendidikan.


Program ini adalah anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik (JPL), Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) dan Jabatab Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang bermula 6 hingga 23 September.

Terdahulu Ramlee yang juga wakil rakyat Bugaya berkata program EPPB Zon Sabah dapat memberi sokongan moral dan motivasi kepada pelajar untuk mengetahui peluang pembelajaran.

“Semporna adalah lokasi kesembilan dan ianya sangat bermanfaat kerana memberi pendedahan bidang-bidang dan universiti pilihan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke menara gading,” katanya. -BERNAMA

Kategori