Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Larangan Bertudung Langgar Perlembagaan...

KUALA LUMPUR - Larangan bertudung terhadap pekerja wanita di bahagian kaunter hotel tidak...

Keputusan Kejohanan Memanah Kebangsaan

KUALA LUMPUR - Berikut keputusan hari terakhir Kejohanan Memanah Kebangsaan (Sirkit 1) di...

K’jaan Perlis Akan Pastikan...

KANGAR - Kerajaan Perlis akan memastikan 77 projek bernilai RM6.8 bilion yang diluluskan...

Malaysia Tak Terkejut Trump...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak terkejut dengan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald...

Bos Desa Murni Batik Pun Tawar Diri Terajui KAFA

KOTA BHARU – Persaingan untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) nampaknya semakin sengit apabila ramai individu mula menawarkan diri masing-masing.

Selepas Naib Presiden KAFA, Muhammad Nasir Hamzah yang juga Timbalan Pengerusi Karangkraf, secara terbuka mengumumkan hasratnya, beberapa lagi usahawan tempatan turut menyuarakan minat serupa merebut jawatan itu.

Ini termasuk pengasas syarikat kosmetik terkenal jenama Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman dan Presiden Kumpulan Secretleaf Internasional Sdn. Bhd., Amir Ramadzan Ibrahim bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Terbaharu seorang lagi usahawan wanita terkenal di Kelantan, Bibi Ramjani Ilias Khan menawarkan diri menerajui KAFA tanpa sebarang syarat termasuk tidak menjadikan The Red Warriors (TRW) sebagai platform perniagaan.

Pengurus Desa Murni Batik, sebuah pengeluar batik bumiputera terkemuka dalam negara sejak dekad 1970-an itu pada awalnya hanya berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada penaja untuk pasukan TRW musim hadapan.

Namun ujar Bibi Ramjani, 39, yang dipetik portal Berita Harian, beliau banyak bergaul dengan orang ramai, termasuk penyokong bola sepak Kelantan dan mereka memintanya untuk dapat melakukan perubahan dalam KAFA.

“Saya menyambut hasrat itu mahu menaja pasukan terbabit. Bagaimanapun apabila saya fikirkan semula, jika betul niat mahu membaik pulih pasukan TRW, lebih baik melakukan perubahan terhadap pasukan dan persatuan.

“Daripada situ, saya rasa lebih baik saya tawarkan diri,” katanya yang juga anak jati Kok Lanas. Perkara pertama yang akan dilakukannya jika dipilih ialah memastikan kewangan KAFA stabil termasuk menyelesaikan hutang.


Jelasnya, persatuan itu di bawah kepemimpinan sedia ada kini sudah melakukan yang terbaik untuk mengurus pasukan TRW tetapi masalah besar timbul sebelum ini hanya disebabkan kekurangan dana dan tajaan luar.

“Saya lihat KAFA cuba sedaya upaya bagi memastikan pasukan bersaing pada musim ini, cuma mereka tidak bernasib baik dan mengalami kekurangan dana untuk menampung perbelanjaan pasukan secara konsisten.

“Jadi timbul soal tidak bayar gaji pemain dan sebagainya. Namun, saya akan cuba dengan pengalaman yang ada dalam bidang perniagaan untuk memastikan kewangan KAFA pada musim depan stabil,” kata Bibi Ramjani.

Sebelum ini, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor membuat tawaran terbuka kepada mana-mana individu menjelang Kongres Agung Tahunan Kali ke-43 pada 16 September ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori