Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ella Nasihat Haqiem Jangan...

RATU Rock Malaysia, Ella menasihati penyanyi dan komposer muda berbakat besar, Haqiem Rusli...

PKPB Di Kota Kinabalu,...

KUALA LUMPUR - Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan...

18 Sektor Pembuatan, MRS...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengumumkan 18 sektor pembuatan...

Tertimbus 80 Jam, Bayi...

BAGAIKAN satu keajaiban berlaku apabila seorang bayi berusia 6 bulan ditemui masih selamat...

Bot Karam: Lebih 60 Pelarian Rohingya Maut

COX’S BAZAR – Lebih 60 pelarian Rohingya dikhuatiri maut selepas bot yang membawa mereka dari Myanmar terbalik di perairan Bangladesh.

Menurut seorang mangsa yang terselamat, bot yang dinaiki terbalik ketika kapten warga Bangladesh berusaha mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Setakat ini, 23 mayat sudah ditemui, tetapi jumlah kematian dijangka meningkat kepada lebih 60 orang, terutama membabitkan kanak-kanak.

“40 pelarian disahkan hilang dan dianggap lemas,” kata jurucakap Pertubuhan Antarabangsa bagi Pendatang, Joel Millman kepada pemberita di Geneva.

Ketika ini, lebih 500,000 etnik Rohingya sudah membanjiri pusat penempatan di Bangladesh bagi mendapatkan perlindungan daripada tindakan ganas tentera Myanmar, yang disifatkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai aktiviti pembersihan etnik.


Ia mendorong penduduk Rohingya meninggalkan negara itu, sama ada menerusi jalan darat atau jalan air dengan menyeberangi Sungai Naf, yang memisahkan kedua-dua negara. – AFP/BH ONLINE

Kategori