Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

B40 Terus Dibela, Pelbagai...

KUALA LUMPUR - Kumpulan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) terus mendapat pembelaan dalam...

Dakwaan Sekolah Vernakular Diberi...

SEREMBAN - Kementerian Pendidikan memulakan siasatan berhubung dakwaan bahawa sesetengah sekolah vernakular diberi...

Hujan Lebat Dijangka Berterusan...

BANGKOK - Hujan lebat dijangka berterusan di Selatan Thailand dalam beberapa hari akan...

Jemaah Malaysia Diminta Jaga...

MADINAH - Tahap disiplin tinggi jemaah haji Malaysia ketika mengerjakan ibadah haji, sering...

Brunei Sedia Beri Bantuan Kepada Myanmar

BANDAR SERI BEGAWAN – Brunei prihatin terhadap apa yang berlaku di Rakhine, Myanmar dan bersedia memberi bantuan kemanusiaan kepada negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan pada Khamis, Brunei amat prihatin dengan situasi kemanusiaan di negara itu dan senantiasa mengikuti perkembangan terkini mengenainya.

“Kami bersedia bekerjasama dengan Myanmar untuk mengetahui bagaimana cara Brunei dapat beri bantuan kemanusiaan.

“Brunei juga bersedia menawarkan bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas,” jelas kenyataan itu.


Pada 25 Ogos lepas, pengganas melancarkan serangan dengan mensasarkan balai polis di Rakhine menyebabkan ramai penduduk terpaksa melarikan diri.

Selain itu, sebanyak 59 kampung dan 6,842 rumah dibakar serta lapan jambatan dimusnahkan manakala 371 pengganas dilaporkan terbunuh. – BERNAMA

Kategori