Sunday, January 12, 2025

Creating liberating content

Nilai Pasaran Banglo Phang...

GEORGE TOWN – Pengarah syarikat penilaian hartanah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari...

IKEA Nafi Ada Jual...

LONDON -  Gergasi gedung perabot terkemuka dunia, IKEA menafikan pernah menjual berus jamban...

Gambar: Tema Tradisional Pilihan...

MAJLIS resepsi perkahwinan pengacara dan pelawak wanita terkenal, Jihan Muse dan suaminya Ungku...

Awasi Kegiatan Anak-Anak Elak...

KOTA KINABALU - Ibu bapa dinasihati agar sentiasa mengawasi aktiviti anak-anak bagi mengelak...

Bumbung Masjid Beralih, Siling Jatuh Tiba-Tiba

KIRA-KIRA 50 jemaah Subuh lari meninggalkan ruang solat apabila siling Masjid Bandar Springhill, Port Dickson, runtuh secara tiba-tiba, pagi ini.

Setiausaha masjid, Abdullah Tamam, 63, berkata jemaah dikejutkan dengan bunyi letupan kuat sebelum sebahagian siling masjid berkenaan jatuh, pada 6.10 pagi.

Menurutnya, semua jemaah lari keluar dari masjid kerana bimbang keselamatan dan keadaan semakin bahaya.

“Apabila keluar, kami melihat bumbung masjid turut beralih. Tapi, saya bersyukr tiada yang kena hempap dengan siling itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Abd Rahim Atan, berkata pihaknya menerima panggilan pada 8.53 pagi.


Menurutnya, bomba mendapati struktur siling runtuh di dalam masjid dan anggota membuat pemantauan awal di lokasi.

“Tidak ada kemalangan jiwa berlaku tetapi masjid tidak boleh beroperasi buat masa ini sehingga siasatan lanjut dilakukan pihak berkaitan,” katanya. – Harian Metro

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori