Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Konon Tanya Arah, Pelajar...

KAUM wanita sering menjadi sasaran hawa nafsu syaitan lelaki yang tidak bertenggungjawab. Semalam, tular...

PERKESO Gesa Majikan Bayar...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini menggesa lebih ramai majikan...

ESSCom Tahan 22 PATI...

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menahan 22 pendatang...

8 Mayat Disemadikan 632...

NEW DELHI - Lapan mayat yang disimpan di bilik mayat sebuah hospital di...

BWF Gembira 14 Acara Badminton Paralimpik 2020

KUALA LUMPUR – Presiden Persekutuan Badminton Sedunia (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen amat gembira kerana badminton diperuntukkan 14 acara melibatkan pingat emas bersempena penampilan sulung sukan itu pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Beliau juga gembira kerana 90 atlet para-badminton akan berpeluang mewakili negara masing-masing untuk bersaing di peringkat tertinggi, satu lagi pencapaian penting dalam sejarah badminton.

“Peruntukan 14 acara yang menawarkan pingat itu menunjukkan wujudnya kepelbagaian dan kepentingan para-badminton, yang akan memberi manfaat kepada sukan itu dan atlet kami dalam pelbagai disiplin. BWF komited untuk memastikan para-badminton mendapat penampilan sulung yang penuh kemeriahan bagi menambah nilai kepada Program Sukan Tokyo 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Sekarang, kami sudah tahu tentang keseluruhan jumlah atlet para-badminton untuk Tokyo 2020 dan acara yang menawarkan pingat, jadi kami akan tumpukan perhatian kami pula terhadap proses kelayakan untuk pertandingan badminton itu,” katanya sebagai reaksi kepada pengumuman Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) tentang perkara berkenaan.

Empat belas acara yang akan dipertandingkan itu terdiri daripada enam kategori kerusi roda, tujuh pemain berdiri dan acara lelaki bagi pemain perawakan pendek.

Menurut kenyataan itu, sistem kelayakan akan dimuktamadkan antara September dan November tahun ini, manakala garis panduan mengenai kelayakan akan diumumkan IPC pada Januari 2018. – BERNAMA


Acara:
Lelaki
——-
Perseorangan WH1
Perseorangan WH2
Perseorangan SL3
Perseorangan SL4
Perseorangan SU5
Perseorangan SS6
Beregu WH

Wanita
————-
Perseorangan WH1
Perseorangan WH2
Perseorangan SL4
Perseorangan SU5
Beregu WH
Beregu SL/SU

Campuran
———
Beregu SL/SU

Kategori