Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Akta Baharu Pekerja Gig...

GUA MUSANG : Akta baharu berkaitan pekerja sektor gig akan dibentang buat kali...

Coklat Tertera Imej Babi,...

Gara-gara foto imej babi yang tertera di atas kepingan coklat keluaran jenama Cadbury,...

Kerja Didik Masyarakat Benci...

BAGAN SERAI - Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar) berobjektif membudayakan dan mendidik masyarakat...

Insiden Doktor Tinggi Suara...

SEREMBAN - Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) memandang serius isu membabitkan insiden...

Cabul: Penjara 15 Bulan Pekerja Kantin Dikekalkan

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 15 bulan dan denda RM4,000 terhadap seorang bekas pembantu kantin sekolah berumur 53 tahun kerana mencabul kehormatan seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun dengan memeluk dan mengucup bibirnya tiga tahun lepas.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim yang mempengerusikan panel tiga hakim menolak rayuan pendakwaan untuk menambah hukuman penjara ke atas Mohd Yunus Hassan.

“Kami dapati hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam membuat keputusan dengan menjatuhi hukuman penjara 15 bulan terhadap responden (Mohd Yunus) kerana kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Mencabul Kehormatan),” katanya.

Bersidang bersama beliau ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Suraya Othman.

Mohd Yunus didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada 29 Ogos tahun lepas kerana mencabul kehormatan mangsa di dalam tandas sebuah sekolah dengan memeluk dan mengucup bibirnya pada 18 Nov 2014 kira-kira 3.30 petang. Dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM4,000.

​​​​​​​​​​​​​​Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mac tahun ini membenarkan rayuan pendakwaan dan mengenakan hukuman penjara 15 bulan terhadap Mohd Yunus dan mengekalkan denda RM4,000.

Timbalan Pendakwa Raya Anas Bashari memohon mahkamah supaya menjatuhi hukuman lebih berat ke atas Mohd Yunus, yang berasal dari Kampung Muhibah di Ayer Tawar, oleh kerana kesalahan itu melibatkan seorang kanak-kanak yang mengalami trauma akibat insiden itu.


Beliau berkata kesalahan itu melibatkan gender yang sama.

Katanya Mohd Yunus mengekori mangsa ke dalam tandas dan kanak-kanak lelaki itu turut diugut supaya tidak memberitahu sesiapa pun tentang insiden itu.

Peguam Syahredzan Johan berhujah bahawa Mahkamah TInggi telah mempertimbangkan semua fakta dalam kes itu dan beliau tidak terkhilaf ketika menjatuhi hukuman penjara 15 bulan terhadap Mohd Yunus.

Beliau berkata tiaga sebab bagi Mahkamah Rayuan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Tinggi. – Bernama

  • Lagi berita berkaitan:
  • cabul

Kategori