NAK cantik? Semua orang memang nak cantik. Percayalah yang semua wanita mesti mahukan kulit wajah yang lembut, tak ada jerawat, blackhead atau pun whitehead.
Jadi, daripada anda menghabiskan duit gaji dekat kedai yang jual barang kecantikan yang mahal, apa kata kalau anda buat sendiri maskter ala-ala homemade kata orang!
Kita akan kongsikan kepada anda semua, sebanyak empat ‘resepi rahsia’ masker made by yourself! Barang- barang pun boleh dapat dekat dalam peti ais je.
1. Yogurt, pisang, lemon dan madu.
Bagi yang nak hilangkan jerawat, anda bolehlah amalkan masker ni. Inshaa Allahkalau rajin, mesti akan dapatkan hasil yang lumayan.
Lemon mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan bersifat sebagai anti oksida. Madu pula sebagai pelembab dan pembersih semulajadi.
– 1 sudu besar yogurt asli
– 1 sudu kecil madu
– 1 sudu perahan lemon
– 1/4 pisang (diblender)
Caranya, cuma campurkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam mangkuk kecil. Kemudian, bersedialah untuk melumurkan ke wajah anda kecuali pada bahagian mata. Biarkan selama 10-15 minit dan basuh guna air suam. Mesti anda akan rasa segar je.
2. Beras, kunyit hidup.
Ini juga cara untuk anda mengecilkan jerawat di wajah. Kalau nampak je jerawat tengah berjinak-jinak nak naik dekat muda, cepat-cepat pakai mask ni tau!
Jangan tak tahu yang kunyit ni bagus tau. Bukan je boleh pakai untuk masak, tapi boleh juga pakai untuk kecantikan. Kunyit ni sebenarnya anti radang, anti bakteria dan juga anti penuaan.
– 1 cawan beras yang direndam semalaman
– 2-3 inci kunyit hidup
– Yogurt/madu/limau nipis
Caranya mudah je… Anda cuma perlu rendam beras tadi semalaman. Kemudian, blender kan tanpa air. Takut nanti cair pula ramuan rahsia ni. Kemudian, blend juga kunyit hidup tadi. Akhir sekali, campur je beras yang dah siap di blender tadi dnegan kunyit hiduo tu. Jangan lupa letak yogurt atau madu ataupun limau nipis untuk effect yang wowwww!
Letak je dekat muka anda dan biar ianya kering selama 30minit. Kemudian, macam biasa lah bilas dengn air suam. Taraaaa. Kena rajin buat tau, baru lah nampak kesannya.
3. Buah tomato.
Yang ni paling mudah… Kalau nak kecutkan jerawat, bagi muka glowing, kulit muka licin, kurngkan eyebag berkilo, boleh cuba cara ni.
– 2 biji buah tomato
– Bekas ais
Potong buah tomato jadi kecil dan blendkan tanpa air. Lepas hancur, msukkan dekat dalam bekas ais dan bekukan selama beberapa jam. Dah beku, dah boleh pakai! Gosok je ais tomato tu dekat muka sampai kering, kemudian basuh guna air suam! Mudah kan?
4. Buah avokado, putih telur dan lemon.
Jangan ingat avocado ni untuk buat makan atau air je tau. Tapi, boleh buat masker juga!
– 1 biji buah avokado
– 1 biji telur putih
– 1 sudu kecil madu
Kupas buah aprikot dan hancurkan. Masukkan dalam mangkuk bersama dengan putih telur dan perahan jus lemon. Ratakan pada wajah selama 30 minit. Kemudian bilas dnegan air suam. Segar tau
Haaa… Senang je kan cara-cara untuk buat masker ni? Jadi lepasni tak payah pergi kedai beli mask mahal. Beli je bahan-bahan ni dekat pasar dan buat sendiri! Selamat cantik. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah