Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

6 Termasuk 5 Polis...

TAWAU: Lima polis serta seorang awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas...

Haiza Tak Galakkan Anak...

PENYANYI dan penyampai radio, Haiza atau nama sebenarnya Rohaiza Nordin, 36, mengaku tidak...

Maya Karin Berkorban Kasih

KUALA LUMPUR - Aktres popular, Maya Karin, 38, sanggup berkorban cinta kerana tidak...

‘Penyandang Digugur UMNO Sukar...

Tokoh Umno Shahrir Samad menjangkakan penyandang kerusi Parlimen BN yang digugurkan dan kemudiannya...

Cara Mudah Dan Jimatkan Masa Di Dapur

ZAMAN sekarang ni semua nak senang je kan. Jadi, kita akan kongsikan petua dan tips untuk anda memudahkan kerja dekat dapur tu.

Kalau dah ada cara mudah, buat apa nak bersusah payah lagi kan. Boleh jimatkan masa dan tenaga lagi pula.

Mesti semua orang selalu mengalami saat berduka cita waktu tengah potong bawang kan. Lepas ni dah tak perlu buat drama air mata dah okay. Sapukan cuka di chopping board supaya korang boleh simpan air mata tu.

Mesti anda nak jimatkan minyak kan? Takde lah baru pakai sekali dua, dah kena buang sebab minyak dah hitam. Jadi, untuk elakkan pembaziran tu, anda cuma perlu ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan goreng.

Asam tu akan berfungsi untuk menyerap segala kehitaman dalam kuali tu dan anda boleh pakai minyak dalam beberapa kali lagi.

Semut banyak sampai gula pun dah berkurangan? Jangan risau, anda boleh sapukan planta atau minyak dekat sekeliling bekas gula anda.

Sebabnya nanti bila dah letak planta, semut dah susah nak panjat sebab licin! Ataupun letakkan sahaja beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih dekat dalam bekas gula.


Nak jimat masa kupas kentang? Mudah saja, anda cuma perlu rebus dulu kentang tersebut dalam 5 minit, kemudian tunggu ianya sejuk dulu. Lepastu dah boleh kupas kulit dengan mudah. Hasilnya pun nanti cantik je.

Tak cukup masa untuk kupas bawang putih? Takpe, dah mudah dah ni anda cuma perlu masukkan saja bawang putih ke dalam bekas dan goncanglah dengan bersungguh-sungguh!

Hasilnya, bawang putih akan akan dikupas secara sendirinya dalam beberapa saat sahaja.

Jadi, apa lagi? Rajin-rajin lah ke dapur lepas ni. Dah mudah sangat petua dan tips yang kami bagi ni. Boleh lah masak sedap-sedap kan. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori