Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemandu Grab Pulangkan Dompet...

JIKA sebelum ini sering kali kita terdengar hal-hal buruk tentang pemandu Grab, namun...

MCPF Cadang Program Pementoran...

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya program pementoran diterajui komuniti diperkenalkan di negara...

Jiran Lapor Polis Lelaki...

BEBERAPA individu membuat laporan polis ke atas seorang lelaki yang didakwa suka memotong...

Fahrin Bagi Nama Khalifa...

PELAKON Fahrin Ahmad memilih nama Khalifa Fahrel untuk putera sulungnya yang dilahirkan pada...

China Had Eksport Minyak Tapis Ke Korea Utara Oktober

BEIJING – China akan mengehadkan eksport produk minyak ditapis ke Korea Utara bermula 1 Oktober ini, kata Kementerian Perdagangannya.

Ia sekali gus mengesahkan penyertaan Beijing dalam sekatan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan mengekang negara jiran penentang itu.

Majlis Keselamatan PBB, termasuk anggota tetapnya China, meluluskan sekatan keras terhadap Pyongyang minggu lalu sebagai tindak balas kepada ujian nuklear keenam dan paling berkuasa setakat ini.

Pada awalnya, Washington memohon sekatan minyak penuh namun mengendurkan pendirian untuk mendapat sokongan Russia dan China, sekutu tunggal dan rakan dagangan utama Pyongyang yang bertanggungjawab bagi sekitar 90 peratus perdagangannya.

Dalam satu kenyataan disiarkan di laman web mereka pada lewat malam tadi, kementerian itu mengulangi syarat dan resolusi terbaru bahawa mereka tidak akan mengeksport lebih 500,000 tong produk minyak yang ditapis kepada Pyongyang dalam tempoh tiga bulan akhir tahun ini.


Ia juga membabitkan dua juta tong setahun bermula tahun depan. – AFP

Kategori