Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes Pecah Rumah Di...

KOTA BHARU - Kes pecah rumah di jajahan Kota Baharu mencatat peningkatan kepada...

Messi Akhirnya Berjaya Tembusi...

DALAM tempoh 12 tahun beraksi dalam Liga Juara-Juara (CL), Messi sering gagal dalam...

Undang-Undang Keganasan Malaysia Antara...

KUALA LUMPUR - Undang-undang berkaitan keganasan negara ini adalah antara undang-undang yang terbaik...

APMM Terima Sebuah Lagi...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menerima satu lagi...

Cinta Dengan Orang Lain, Tunang Dengan Orang Lain

KALAU korang rajin scroll Twitter, sekarang ni musim hangat orang suka kongsi ‘thread’ pasal tunang kan?

‘Tunangku Terkena Buatan Orang’, ‘Tak Jadi Kahwin, Tunangku Lesap Bersama Hantaran’, dan macam macam lagi lah tajuk yang dapat dilihat.

Bagaimanapun, baru-baru ini perkongsian gadis ini menerusi laman Twitter miliknya turut menarik perhatian ramai netizen.

Gadis yang dikenali sebagai Paah menceritakan bagaimana dalam masa bercinta, teman lelakinya boleh bertunang dengan orang lain.

Apa yang lagi terkilan, lelaki tersebut buat seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Haaa? Ishhh… Geram!

Ekoran, rasa curiga dan tak sedap hati, gadis ini siasat sehinggalah dapat tahu sebenarnya memang betul lelaki itu sudah bertunang.

Berikut adalah perkongsian gadis tersebut :



Bila dah kantoi, bagi alasan pula! Hamboi… pilihan keluargalah, terpaksa tunanglah. Bila minta penjelasan dikatanya pula tak sampai hati.

Sedih kami baca cerita gadis ini. Tak baik mainkan orang macam ni. Jika tak suka tu, terus terang je cakap tak suka bukan menipu.

Perkongsian gadis ini mengenai kisah cintanya dipermainkan menerima lebih daripada 7,000 retweet dan mendapat reaksi netizen yang pelbagai.

Di mana rata-rata antara mereka berharap gadis ini terus bersabar.

Sabar je la dik. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. You deserve better. Percayalah!

Ni nak pesan, pasal kaum Adam tu. Kalau boleh, jangan lah suka suka mainkan orang atau bagi harapan dekat perempuan. Tak bersalah ke? – MYNEWSHUB.CC

Kategori