Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengasuh Dera Kanak-kanak 3...

JOHOR BAHRU – Penjaga pusat asuhan kanak-kanak swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Cara Nak Ajar Orang...

BENGANG tak kalau kita menghantar pesanan teks ringkas dengan harapan penerima itu akan...

Al Kisah Kapak Hero...

PETALING JAYA - Tangisan dua anak kecil di tempat duduk belakang sebuah kereta tidak...

Kisah Tok Guru Nik...

SEKALIPUN Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lebih empat tahun meninggal dunia,...

Coklat Merah Jambu Bakal Jadi Trend

SETELAH 84 tahun Nestle memperkenalkan coklat dalam industri makanan, ia hanya boleh didapati dalam tiga variasi iaitu coklat gelap, susu dan juga putih.

Seiring dengan peredaran zaman serba moden, syarikat pembekal dan pengeluar coklat dan koko terkemuka dunia, Barry Callebaut memperkenalkan coklat berwarna merah jambu.

Dan ya, coklat yang diberi nama coklat ruby ini bebas pewarna dan perasa tiruan!

Syarikat berpangkalan di Zurich itu menghabiskan masa selama 13 tahun untuk menghasilkan coklat tersebut yang dibuat daripada biji koko ruby.

Koko tersebut tumbuh di negara seperti Ecuador, Brazil dan Ivory Coast tetapi Barry Callebaut merupakan syarikat pertama mengubah bahan asas itu menjadi coklat merah jambu melalui proses yang rumit.

Dilancarkan di Shanghai, China pada Selasa lalu, coklat merah jambu itu dilaporkan manis tetapi sedikit masam kerana rasa beri semula jadinya.


Coklat itu sudah dipasarkan di pasar raya utama di China dan Barry Callebaut mendakwa ia mendapat maklum balas positif di kalangan pelanggan.

Namun, syarikat itu perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan lagi sebelum memperkenalkan coklat terbaharu itu di pasaran dunia.

“Kami tidak menambah bahan perasa dan juga pewarna. Ia datang secara semula jadi dari biji koko tersebut,” kata Ketua Inovasi dan Pegawai Kualiti Barry Callebaut kepada akhbar UK, The Guardian. – Agensi

Kategori