Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Anwar Minta PAS Tarik...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Juruhebah Radio Miliki Senjata...

IPOH – Seorang juruhebah sebuah stesen radio ditahan selepas didapati memiliki senjata api...

Video: Lelaki Bertuah Terima...

SEBUAH video memaparkan seorang lelaki yang menerima RM12,000 dalam bentuk jambangan daripada kekasihnya...

Pemberian ‘Golden Handshake’ RM2.6...

PETALING JAYA - Tindakan akan diambil sekiranya pembayaran pampasan atau 'golden handshake' bernilai...

Dadah Dirampas Di Selangor 8 Bulan Pertama

SHAH ALAM – Polis Selangor merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM73.3 juta serta menahan 12,931 individu yang terlibat dengan pelbagai kes berkaitan dadah di seluruh negeri itu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata antara individu yang ditahan termasuk 77 penjawat awam, 226 pelajar dan 817 warga asing.

“Pelajar yang ditahan itu terdiri daripada pelajar sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun.

“Mereka (pelajar) didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah selain turut terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah sekitar negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelupusan dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata antara dadah yang dirampas termasuk daripada jenis ganja, syabu dan heroin.


Susulan rampasan dan penahanan itu juga, polis Selangor turut menyita harta termasuk tanah, rumah dan wang tunai berjumlah RM12.3 juta. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori