Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lawatan TPM Ke Brussels...

BRUSSELS - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata...

4 Peniaga Miliki Rokok...

KANGAR - Sepasang suami isteri antara empat pengusaha kedai runcit yang mengaku bersalah...

Muhyiddin Diberikan Sambutan Negara...

JAKARTA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan sambutan negara di Istana...

11 Maut Hujan Lebat...

MILAN - Hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di negara ini...

DAP Minta Beri Tekanan Kepada PAS Selangor

SHAH ALAM – Pemuda DAP Selangor meminta Menteri Besar negeri itu yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi tekanan kepada PAS Selangor.

Ini kerana ujar Setiausahanya, Mohammad Firdaus Babh, PAS menjadi duri dalam daging kepada kerajaan Pakatan Harapan Selangor.

Beliau malah berkata, tindakan itu penting bagi memberi isyarat kepada PAS yang bersikap talam dua muka supaya menjarakkan diri daripada UMNO.

“Pemuda DAP Selangor amat jelas dengan pendirian Menteri Besar yang mempertahankan Exco PAS dalam kerajaan negeri.

“Justeru, Pemuda DAP Selangor menyeru Menteri Besar agar memberikan sedikit tekanan kepada PAS dengan merombak potfolio Exco kerajaan Selangor.

“Menurunkan Exco kanan PAS ke portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi berbanding jawatan Exco Kanan yang penting sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar Selangor kini disandang oleh Naib Presiden PAS Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Mohammad Firdaus seterusnya mencabar PAS melepaskan jawatan lantikan dalam semua peringkat pentadbiran kerajaan Selangor jika benar-benar parti itu mempunyai maruah. – MYNEWSHUB.CC

Kategori