Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

LPP Import 4,536 Tan...

PELABUHAN KLANG:Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menjangka dapat menampung 20 peratus pasaran ayam di...

Anak Pele Bebas Sementara...

SAO PAULO - Sebuah mahkamah di Brazil memerintahkan anak lelaki legenda bola sepak, Pele...

Samun Warga Emas, Polis...

Seremban : Polis kini sedang memburu dua lelaki bersenjatakan parang disyaki terbabit dalam...

Comango Tuntut Janji Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Selepas lebih dua bulan Pakatan Harapan menguasai Kerajaan Persekutuan, Gabungan...

“DAP Pun Sokong Islam?” Kata Nik Mohamad Abduh

KUALA LUMPUR – “Semua kata sokong Islam. DAP pun sokong Islam,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Beliau bagaimanapun mengingatkan seluruh umat Islam supaya berwaspada dengan `mulut manis’ musuh Islam yang mahu memperdayakan umat Islam demi kepentingan mereka.

“Sama ada anda percaya semua sokong Islam atau anda perlu insaf musuh Islam sentiasa bermulut manis.

“Adam alaihissalam tewas di tangan si mulut manis,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook baru-baru ini.

DAP merupakan penentang kuat kepada usaha PAS memperkasakan fungsi undang-undang Syariah melalui pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen.


DAP kini mengetuai gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan yang turut dibarisi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN). – MYNEWSHUB.CC

Kategori