Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mantan Menteri Besar Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, meninggal...

Shafie Beri Jaminan Akan...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi jaminan...

Rakyat Malaysia Didakwa Import...

MELBOURNE - Seorang rakyat Malaysia kini berada dalam tahanan selepas didakwa mengimport dua...

Rakyat Perlis Perlu Ubah...

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mahu rakyat Perlis mengubah minda...

Daripada Cari Salah, Lebih Baik Solat Jenazah Ghaib

JOHOR BAHRU – Umat Islam disarankan melakukan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, kelmarin.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Datuk Nooh Gadut, berkata daripada berterusan mencari salah antara satu sama lain, adalah lebih baik jika berjemaah melakukan solat itu sebagai tanda simpati kepada mangsa.

Nooh menyatakan demikian kerana kesal masyarakat berterusan menuding jari dan bertelagah walhal ia bukan sahaja berdosa, malah risau boleh menjurus ke arah rosaknya iman akibat mempertikaikan ketentuan Allah.

Beliau yang pernah menjadi mufti Johor sebaliknya berkata, bukankah sudah termaktub dalam Rukun Iman, sebagai seorang Muslim kita wajib mempercayai Qada dan Qadar yang telah ditentukan oleh Allah.

“Kita di Malaysia ada lebih 16 juta umat Islam, apalah kiranya kalau kita secara berjemaah melakukan solat jenazah ghaib pada semua mangsa yang terkorban.

“Ini kerana selain dapat menambah pahala, kita juga secara tidak langsung mendoakan kepada mereka yang ‘syahid akhirat’ (mati dalam kebakaran).

“Menyalahkan mana-mana pihak tidak menyelesaikan masalah, jadi jika kita sebagai umat Islam terkesan ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa marilah kita sama-sama seluruh umat Islam di negara ini melakukan solat jenazah ghaib,”Ā katanya dipetik Berita Harian.


Dalam pada itu, beliau juga telah mengarahkan semua kadi daerah di seluruh negeri Johor untuk melakukan solat jenazah ghaib pada Jumaat ini.

Solat tersebut akan dilakukan di lebih 850 buah masjid bagi tujuan mendoakan untuk semua mangsa yang terkorban dalam kejadian berkenaan.

“Kalau ada kekangan atau tidak berkesempatan melakukannya secara berjemaah, lakukanlah secara individu dan doakan mereka. Inilah cara Islam yang sebenarnya,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga mencadangkan agar semua pusat tahfiz dan madrasah swasta di negara ini diletakkan pengawal keselamatan demi menjaga penghuni bangunan tersebut.Ā ā€“Ā MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori