Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pengaktifan Tanpa Sengaja ‘Lift...

KUALA LUMPUR : Laporan akhir mengenai nahas pesawat Pesawat Beechcraft Model 390 (Premier...

Bunuh Enam Sekeluarga Konon...

NEW DELHI - Polis menahan sembilan orang di timur India kerana membelasah hingga...

Tiada Lagi Alasan Lengah...

Selepas UMNO mengumumkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri Barisan Nasional (BN), maka...

AirAsia Tawar Tambang Rendah...

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan tambang sehala sehingga serendah...

Demam Denggi, Dek Wan Gagahkan Diri Raih Emas

TERNYATA jangkitan demam denggi tidak membuatkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi kecundang di trek larian temasya Sukan Para ASEAN 2017.

Semalam, Ridzuan atau lebih mesra sebagai Dek Wan membuktikan tidak gentar dengan penyakit yang datang menyerangnya itu selepas berjaya meraih pingat emas dalam acara 300 meter T36 (celebral palsy) dengan catatan masa 26.03s.

Dek Wan melakukan aksi pecutan pada 50 meter terakhir sekali gus telah meninggalkan pesaing dari Indonesia, Muhamad Agung Laksana di tempat kedua dengan catatan 26.20s di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Menurut laporan portal Stadium Astro, Dek Wan melahirkan rasa kesyukurannya dan sangat gembira atas kemenangannya itu.

“Saya gembira dapat bagi emas untuk negara. Saya datang hari ini dengan pelbagai nasihat doktor dan jurulatih, saya tahu mereka risau tapi emas ini penting untuk saya,” katanya dipetik daripada laporan Astro Gempak.

Sebelum ini, Dek Wan terpaksa membuat keputusan untuk menarik diri daripada dua acara iaitu 100 meter dan 400 meter T36 kerana masih belum pulih sepenuhnya.

Terdahulu, semasa di acara Paralimpik Rio di Brazil tahun lalu, Dek Wan telah berjaya mencipta sejarah sebagai atlet negara yang pertama meraih pingat emas di temasya tersebut dalam acara 100m T36 (celebral palsy).


Dalam gembira itu, masih ramai yang turut berasa risau di atas tahap kesihatan Dek Wan yang masih lagi kurang sihat semasa acara itu dijalankan.

Ramai netizen berasa terharu atas kejayaan yang diraih olehnya. Semangat yang tinggi di dalam dirinya itu benar-benar luar biasa!

Kini, atlet berasal dari Perlis ini sedang dalam pemantauan pasukan perubatan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mengelakkan daripada terjadinya insiden yang tidak diingini. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori