Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lawatan Raja Saudi Julung...

BAGI generasi muda pada hari ini, mungkin mereka sendiri jarang dengar Malaysia pernah...

Parti Star Tanding 17...

KOTA KINABALU - Parti Star hari ini mengumumkan akan bertanding di 17 kawasan...

Zambry Tarik Diri Tanding...

Setiausaha Agung BN Dr Zambry Abdul Kadir mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan...

Dulu ‘Uncle’ Selalu Pukul-pukul...

Johor Bahru: Anak sulung kepada mangsa bunuh, Mira Sharmila Samsusah atau lebih dikenali...

Dijel 4 Tahun Akibat Rasuah Bagi Bekal Al-Quran

JAKARTA – Seorang ahli politik Indonesia dihukum penjara empat tahun selepas didapati bersalah menerima rasuah berkaitan projek kerajaan untuk membeli al-Quran pada 2012.

Mahkamah Rasuah kelmarin turut mengarahkan Fahd El Fouz daripada Parti Golkar membayar denda berjumlah 200 juta rupiah (RM14,858).

Fahd didapati bersalah menerima 14.3 bilion rupiah (RM1.1 juta) daripada pengarah PT Sinergi Pustaka Indonesia, Abdul Kadir Alaydrus, syarikat yang dilantik kerajaan bagi membekalkan al-Quran.

Dia bersama seorang lagi bekas ahli politik Golkar, Zulkarnaen Djabar mempengaruhi kementerian untuk memilih syarikat itu menjadi pembekal.

“Kami mendapati Fahd El Fouz bersalah kerana menerima rasuah,” kata ketua hakim, Hariono yang dipetik Kompas.com.


Mahkamah dilaporkan turut mempertimbangkan tindakan Fahd yang menyerahkan semua wang rasuah yang diterimanya kepada kerajaan. – Agensi/myMetro Online

Kategori