Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Warkah Isteri Zahid Minta...

KUALA LUMPUR - Datin Seri Hamidah Khamis, isteri kepada Datuk Seri Dr. Ahmad...

Iskandar Malaysia Tarik Pelaburan...

JOHOR BAHRU - Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan sebanyak RM19.8 bilion dalam tempoh sembilan...

Caitlyn Jenner Sambut Hari...

WALAUPUN sudah membuat transformasi menjadi seorang wanita, Caitlyn Jenner tetap menghargai anak-anaknya dan...

SMK Balung Ditutup Ekoran...

TAWAU - Sekolah Menengah Kebangsaan Balung di sini ditutup hari ini bagi membolehkan...

Diploma Untuk Pengerusi JKK Mulai Tahun Depan

IPOH – Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berpeluang untuk meningkatkan tahap profesionalisme mereka dengan mengikuti kursus peringkat diploma yang akan ditawarkan mulai tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) sedia menawarkan Diploma Pentadbiran Luar Bandar kepada para pengerusi JKKK.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kursus peringkat diploma itu adalah terbuka dan ia merupakan pilihan kepada mana-mana pengerusi JKKK yang berminat.

“Ia pilihan dan bukannya wajib seperti Sijil Tadbir Urus Desa yang mesti diikuti oleh setiap pengerusi JKKK sekarang dan perbincangan lanjut dengan UCAM sedang dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup program Sijil Tadbir Urus Desa JKKK, JKKK Persekutuan dan JKKK Orang Asli Zon Utara yang disempurnakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini, hari ini.

Pada majlis itu 1,200 peserta dari Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang menamatkan kursus intensif selama tiga hari bermula 19 Sept lepas.

Program Sijil Tadbir Urus Desa memberi penekanan kepada lima modul utama iaitu pentadbiran desa, pengurusan kewangan, keusahawanan, pemantauan projek serta tanggungjawab sebagai penolong pendaftar pemilih.


Menjelas lanjut, Ismail Sabri berkata penawaran kursus peringkat diploma itu selari dengan peranan serta tanggungjawab para Pengerusi JKKK ketika ini yang semakin banyak dan pelbagai.

Sementara itu, Zambry berkata dalam konteks Perak, pihaknya berhasrat untuk menggunakan konsep JKKK bagi kampung-kampung India yang diwujudkan di negeri ini.

“Kita mahu menggunakan kaedah sama untuk mengukuhkan dan melibatkan sebanyak tujuh kampung-kampung India yang ada di Perak dan diharapkan kementerian dapat membantu,” katanya. – BERNAMA

Kategori