SYDNEY – Seorang doktor imunologi di New South Wales, Australia dihadapkan ke sebuah mahkamah semalam atas tuduhan melakukan puluhan kes pencabulan seksual yang serius.
Dr. Jeremy Michael Stafford Coleman itu melibatkan 66 dakwaan perbuatan tidak senonoh termasuk melakukan pemeriksaan faraj dan lubang dubur atas alasan seksual, bukan perubatan, menurut stesen tempatan ABC News.
Mahkamah daerah dimaklumkan, perlakuan itu dilakukan Coleman selama 20 tahun sehinga 2013 lalu di kliniknya di Newcastle dan Kanwal tetapi peguam belanya, Pauline David mempertahankan ia dibuat atas faktor perubatan.
“Saya ingin saya tegaskan dalam perbicaraan ini bahawa tindakannya disebabkan alasan perubatan. Satu-satunya alasan memegang bahagian sulit dan kemaluan pesakitt wanita itu adalah kerana faktor tersebut, bukan seksual.
“Meskipun ketika ini cara kerjanya dalam amalan praktik doktor sehari-hari adalah canggih, namun pendekatannya adalah perlu melihat sistem kerja anatomi tubuh secara keseluruhan untuk kesan masalah sebenar,” dalih David.
Beliau seterusnya menyatakan, pelbagai pertanyaan sensitif mengenai kehidupan seksual setiap pesakit itu pula adalah persoalan yang wajar dan ada alasan kuat untuk melakukan pemeriksaan secara fizikal langsung di tubuh.
Pihak pendakwaan, Paul Marr dalam perbicaraan itu menyatakan bahawa Coleman tidak memiliki alasan perubatan yang jelas dalam memeriksa pesakit malah beberapa tindakan dilakukan tanpa mengenakan sarung tangan.
Marr mengatakan, Colemen pada kebiasaannya akan memulai sesi konsultasi dengan bertanya masalah alergi yang dialami oleh pesakit, dan kemudian perbincangan beralih pula kepada permasalahan seksual wanita terbabit.
“Bukti menunjukkan, tidak ada pesakit yang melawan, kerana mereka melihat Coleman sebagai seorang pakar,” kata Marr. Pendakwaan menyatakan, pemeriksaan bahagian dalam itu tidak perlu dan di luar pemeriksaan yang wajar.
“Beberapa laporan mangsa menggambarkan pemeriksaan itu kasar, menyakitkan dan sangat tidak menyedapkan pesakit sendiri,” kata Marr serta menuduh Coleman memperhatikan pesakit perempuan menanggalkan baju.
Tertuduh juga melakukan pemeriksaan tanpa memakai jubah doktor berwarna putih dan di atas katil tanpa cadar. Pendakwaan mengatakan, Coleman pernah meminta pesakit untuk tonggeng ketika diberikan ubat hidung.
“Dia dakwa konon doktor sebelum itu menggunakan ubat tersebut dengan cara yang salah. Coleman menjelaskan mereka harus tonggeng punggung, dengan lubang dubur di atas sebelum melakukan proses sedutan hidung.
“Disebutkan bahawa hal tersebut konon akan membantu proses rangsangan nafsu suami mereka sendiri apabila wanita itu berada dalam posisi berkenaan ketika melakukan aksi persetubuhan di atas ranjang,” jelas Marr.
David dalam pada itu mengakui bahawa Coleman kadang-kadang ada meminta pesakit perempuan untuk menonggeng dengan kedua-dua tangan di lantai sebelum memberikan mereka sejenis ubat sedutan hidung.
Bagaimanapun pegua bela itu mengatakan bahawa apa yang dilakukannya kliennya bukanlah hal keterlaluan: “Ini adalah posisi yang tepat. Mungkin kelihatan aneh atau lucu, namun ini dilakukan atas alasan perubatan,” jelasnya.
David juga membantah bahawa anak guamnya itu turut mengalami ketegangan batang zakar ketika menangani pesakit terutama yang seksi, bahkan mendakwa Coleman bersikap lembut ketika melakukan pemeriksaan.
“Tuduhan bahawa dia memiliki motif seksual boleh dipersoalkan selain juga pendapat konon dia melakukannya dengan kasar,” kata David sambil menambah tiada pesakit yang dirogol atau terangsang klimaks nafsu mereka.
Coleman menamatkan pengajian kedoktoran pada tahun 1978 sebelum berkhidmat di sebuah hospital di Sydney dan Newcastle. Setakat ini belum ada keputusan sabitan dalam kes perbicaraan ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA