Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Takahara Suiko Sah Bergelar...

BAGI yang sering mengikuti industri muzik 'underground' pasti mengenali penyanyi bernama Takahara Suiko...

1,645 Kes Baru, Dua...

Sebanyak 1,645 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,502,579.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJumlah...

Lagi Kes Pemandu Grab...

JOHOR BAHRU - Polis sedang giat mengesan seorang pemandu Grab yang dilaporkan hilang...

Ummi Nazeera Bernikah Selepas...

SELEPAS berkongsikan gambar sijil kursus pra-perkahwinan miliknya di laman Instagram, pelakon Ummi Nazeera...

Dr Mahathir Mohon Kes Saman Salah Guna Jawatan Awam

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan berhubung saman salah guna jawatan awam dikemukakan mereka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan IMalaysia Development Berhad (1MDB).

Permohonan itu difailkan menerusi firma guaman Haniff Khatri Abdulla di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini.

Dalam usul permohonan itu, empat soalan undang-undang dikemukakan. Satu daripada soalan itu adalah sama ada salah guna jawatan awam atau melanggar fidusiari dalam jawatan awam adalah berkaitan dengan tugas hakiki seseorang itu, dan bukannya “kerusi atau kedudukan” dipegang seseorang.

Pada 30 Ogos tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak rayuan dikemukakan bekas perdana menteri itu, bekas Naib Pengerusi UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin.

Mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman mereka terhadap Najib.


Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina menyaman Najib pada 23 Mac, 2016, dan susulan itu perdana menteri memfailkan permohonan pada 19 April tahun ini untuk membatalkannya.

Pada 28 April 2017, ketika membenarkan permohonan Najib untuk menolak saman itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa perdana menteri bukan seorang penjawat awam, tetapi seorang anggota pentadbiran.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan itu yang diketuai Hakim Tan Sri Idrus Harun memutuskan rayuan itu tidak mempunyai merita dan memerintahkan mereka membayar RM30,000 sebagai kos kepada Najib. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • saman

Kategori