Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sejarah Juga Patut Wajib...

KUALA LUMPUR - Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) meminta kerajaan untuk memperketatkan syarat...

‘Tutup Aurat Peminat Juga...

PENYANYI baharu, Haqiem Rusli yang menjadi tular tempoh hari kerana tutup aurat peminat...

FAM: Hentikan Budaya Merompak

PENAJA utama The Red Warriors memulakan perang perubahan terhadap FAM sebagai episod baharu...

2 Ditahan Bantu Kes...

TASEK GELUGOR - Dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang warga...

Drama, Artis & IG Kuasa Viral Promosi

SEORANG artis terkenal pernah memberitahu: “Aku tak peduli kalau setahun tak keluar akhbar. Asalkan, aku ada pengikut Instagram!”

Tiga tahun lalu, agak tersentap juga mendengar komen ini. Tapi hari ini semuanya lumrah. Malah, artis yang hebat hari ini pun, diukur pada jumlah pengikut IG.

Sensasi IG merampas nilai kolum-kolum gosip di akhbar. Malah, wartawan gosip hari ini, tidak lebih hanyapun fosil dinasaur zaman purba.

Peminat sudah tidak membeli akhbar. Malah, apa yang dilaporkan akhbar sudah tidak dianggap arus perdana dalam dunia hiburan masa kini.

“Pelakon yang kami cadang ini berbakat, dan ada hampir setengah pengikut IG,” kata seorang penerbit.

Tapi kata stesen TV: “Ambil yang tak berbakat pun OK… asal dia ada 2 ke juta pengikut IG!”

Begitulah senario pengaruh IG dalam industri hari ini. IG ialah indeks utama dalam menentukan nasib seseorang pelakon.

IG penting untuk kuasa promosi. Stesen mampu mengurangkan beban promosi dengan mempergunakan IG artis untuk tujuan publisiti dan rating.

Justeru, tidak hairanlah artis sekarang sanggup buat apa saja untuk mengumpul pengikut. Kayu yang boleh bercakap pun, dikira boleh jadi bintang kalau pengikut IG-nya tinggi.

Apakah bentuk promosi IG?

Mudah. Sangat mudah. IG menjadi pusat kuasa promosi yang dikawal secara langsung oleh stesen dan penerbit. Dua entiti ini, hanya perlu berkompromi mencipta publisiti sensasi secara strategik untuk tujuan kontroversi.

Kontroversi menciptakan viral dan seterusnya nilai sensasi. Apabila viral ini mencetuskan perhatian, publisiti jadi meningkat. Sensasi akan memberikan rating. Sekali gus, selesailah isu sasaran stesen dan penerbit.


Bagi stesen TV rating ialah pertunjuk utama kepada harga iklan yang akan diperolehi. Bagi penerbit, rating yang baik akan menjamin kontrak drama yang seterusnya. Bagi artis, kalau stesen TV dan penerbit gembira, nama mereka akan kekal relevan untuk drama seterusnya.

Kawalan langsung ke atas IG membantu agenda stesen TV dan produksi. Kalau melalui media cetak, kawalan editorial menyebabkan stesen TV dan produksi terpaksa bergantung pada sudut berita wartawan. Kerap-kali laporan akhbar tidak membantu nilai sensasi yang diharapkan.

IG juga praktikal. Momentum sensasi boleh dibuat mengikut strategi jadual siaran. Seminggu sebelum disiarkan, berita pertama pendedahan sensasi akan diposkan. 24 jam sebelum siaran, satu lagi post kejutan akan dipaparkan di IG artis.

Kejutan ini membina minat dan perbualan hangat. Justeru akhirnya, drama yang disiarkan akan mendapat rating.

Jadi, bukan kejutan foto artis bercium dalam scene, momen cinta lokasi, artis kelahi, artis kena marah di lokasi, waima foto artis makan mi segera pun akan dijadikan modal viral IG.

Pengikut IG akan tersentak melihat foto pasangan artis bercium. Sesuai dengan sikap masyarakat yang sukakan sensasi, berita ini akan diviralkan. Dari IG tempat posting bermula, foto sensasi ini akan berada di semua platform dalam masa 60 minit sahaja.

Ini kuasa IG. Kuasa promosi yang agendanya boleh dikawal stesen TV dan penerbit. Pengikut IG artis akan diperalatkan untuk menyebarkan promosi.

Justeru, bukan isu kalau stesen TV dan penerbit serta artis popular sudah tidak memerlukan wartawan hiburan lagi.

Malah, wartawan pun sebenarnya dah jadi pengikut artis di IG. – MYNEWSHUB.CC

Kategori