Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mangsa Kebakaran Kg Gersik...

LABUAN - Sejumlah 447 mangsa kebakaran daripada 82 keluarga di Kg Gersik Saguking...

50 Mangsa Banjir Di...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di daerah Kuching yang ditempatkan di dua buah...

Should middle-school pupils think...

One more thing that you may want to think about before getting into...

Jangan Nilai Pindaan Akta...

KUALA LUMPUR - PAS meminta bukan Islam tidak menilai usaha parti itu untuk...

Dua Ditahan Bantu Siasatan Serangan Bom Petrol

KUALA LUMPUR – Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan serangan bom petrol di sebuah kelab malam di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor petang Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd. Zani Che Din berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 30-an itu ditahan juga di Petaling Jaya pada pukul 5.30 petang semalam.

“Mahkamah Petaling Jaya telah membenarkan permohonan perintah tahanan reman selama empat hari mulai hari ini untuk membantu siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Seorang pekerja warga Bangladesh berusia 30-an cedera dalam serangan kira-kira 4.15 petang itu setelah satu daripada dua bom petrol atau ‘molotov cocktail’ yang dibaling di hadapan kaunter bar kelab malam itu meletup.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Zani berkata pihaknya turut menahan dua beradik lelaki yang dipercayai menumbuk dan menyamun seorang wanita warga Indonesia yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan SS 9/7, Sungai Way di Petaling Jaya 9.30 malam tadi.

Mohd. Zani berkata wanita yang berjalan bersendirian itu secara tiba-tiba ditumbuk di bahagian muka manakala seorang lagi suspek merampas telefon bimbit milik mangsa.

Seorang daripada suspek ditangkap orang awam di tempat kejadian setelah mangsa menjerit dan meminta tolong manakala saudaranya ditangkap di Jalan SS 9A/9, Seri Setia pada pukul 11.15 malam.


“Polis turut merampas satu unit telefon bimbit Samsung Galaxy J daripada suspek. Kedua-dua beradik berusia 23 dan 25 tahun berasal dari Lahad Datu, Sabah.

“Mereka direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

Katanya pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 23 tahun itu mempunyai satu rekod jenayah lampau kerana menyebabkan kecederaan. – BERNAMA

Kategori