Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Sejarah Tercipta Acara Skuasy...

GOLD COAST — Sejarah tercipta buat kontinjen Malaysia pada hari kelima berlangsungnya temasya...

Teknologi Microsoft Terbaharu Yang...

ORANG TUA ada mengatakan, jangan ditanya umur seseorang perempuan. Mereka sememangnya kaum yang sangat...

Israel Terus Cari Pasal...

TEL AVIV - Israel meraikan ulang tahun penempatan Yahudi ke-50 di Tebing Barat...

Wanita Sambut Baik Usaha...

KUALA LUMPUR - Selamat, selesa dan menjimatkan masa; tiga faktor utama yang diberi...

Dua Pelajar Tahfiz Yang Kritikal Dijangka Pulih

KUALA LUMPUR – Dua pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang kritikal menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka pulih antara tiga hingga empat minggu.

Pengarah Jabatan Trauma dan Kecemasan HKL, Prof. Datuk Seri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah memberitahu media bahawa kedua-dua mangsa adalah berumur masing-masing 11 tahun dan 14 tahun.

Pengarah Jabatan Trauma dan Kecemasan HKL, Prof. Datuk Seri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah.

Kedua-duanya dikatakan kritikal berikutan mengalami kepatahan yang menyebabkan berlakunya pendarahan.

“Mangsa berusia 11 tahun ditempatkan di ICU Pediatrik dan tidak dibenarkan menerima pelawat kerana kita bimbang dia terdedah kepada sebarang jangkitan,” katanya dipetik Harian Metro.

Tambah Abu Hassan Asaari lagi, selain kepatahan kedua-dua mangsa turut dikatakan mengalami masalah keradangan paru-paru akibat daripada terhidu asap.

Oleh itu, mereka memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan kesihatan kedua-duanya bertambah baik.

“Kedua-duanya memerlukan penjagaan rapi bagi memastikan tahap kesihatan mereka bertambah baik kerana mereka turut mengalami masalah keradangan paru-paru akibat terhidu asap,” ujarnya.


Sementara itu, Abu Hassan Asaari turut memberitahu lima lagi mangsa lain termasuk seorang orang awam yang cedera semasa cuba memberi bantuan kini dirawat di wad biasa.

Selain itu, beliau mendapati kesemua mangsa dilihat mengalami trauma yang serius kesan daripada kejadian tersebut dan memerlukan bantuan psikologi. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Kategori