Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sebuah Bank Di Ipoh...

IPOH - Sebuah bank di Jalan Seenivasagam di sini terpaksa dikosongkan selepas kakitangannya...

PGA Jumpa Kubur Manusia...

PUTRAJAYA – Operasi pemusnahan kem penempatan sementara Wang Kelian, Perlis oleh Pasukan Gerakan...

Lelaki Memandu Lawan Arus...

KUANTAN - Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya melawan arus...

Cerita Jerawat Batu, Hafreez...

TRANSFORMASI pelakon Hafreez Adam Aizat dari berwajah penuh berjerawat batu kepada 'hensem' bergaya sememangnya...

Dubai Arah Pemilik Pastikan Bangunan Kalis Api

DUBAI – Pihak berkuasa Dubai sudah mengarahkan semua pemilik bangunan tinggi di negara itu supaya memastikan bahagian luarnya kalis api, susulan beberapa siri kebakaran yang memusnahkan bangunan pencakar langit.

Bagaimanapun, arahan itu tidak menyatakan kaedah bakal digunakan untuk memastikan pemilik mematuhi dasar baharu itu yang memerlukan kos tinggi, atau mendedahkan jumlah bangunan yang berisiko tinggi.

Dubai mempunyai ratusan menara dan bangunan tinggi, termasuk pencakar langit tertinggi di dunia.

Namun, pihak berkuasa berkata, dasar itu sudah dilaksanakan beberapa syarikat, termasuk Kumpulan Dubai Properties, iaitu cabang pelaburan kerajaan dan mengendalikan pelbagai bangunan pencakar langit di wilayah perniagaan di Dubai.

Agensi Pengawalseliaan Hartanah dalam satu kenyataan menyatakan: “Semua pemilik bangunan digalak untuk menggantikan permukaan luar bangunan yang tidak kalis api dengan kerjasama pemaju hartanah.”


Sementara itu, laporan yang dikemukakan saksi dan pasukan penyiasat menunjukkan bahawa lapisan di luar bangunan yang berfungsi sebagai hiasan, bahan penebat dan perlindungan mungkin menjadi faktor berlakunya kebakaran di Dubai dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini. – Reuters

  • Lagi berita berkaitan:
  • dubai

Kategori