Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemilik Kedai Emas Rugi...

BATU GAJAH - Sebuah kedai emas di Jalan Pejabat Pos di sini kerugian...

Pihak Resort Enggan Ulas...

SEREMBAN - Pihak pengurusan sebuah pusat peranginan di Kampung Baru Pantai, di sini,...

Kedah Kekal Dasar ‘Swapping’...

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah tiada perancangan untuk mengubah dasar perumahan membabitkan...

113 Pekerja Warga Asing...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menggempur sebuah gudang pasar raya di Jalan...

Dunia Bersatu Bantah Kekejaman Myanmar

MELAKA – Pertubuhan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mendesak negara-negara ASEAN, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bersatu bagi menyatakan ketegasan terhadap kekejaman tentera Myanmar ke atas penduduk Islam Rohingya.

Presiden DMDI, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata sudah tiba masanya sebagai negara serantau, seharusnya menunda sebarang agenda politik bersama kerajaan Myanmar serta melaksanakan sekatan ekonomi terhadap negara itu jika keadaan mendesak.

Beliau berkata dunia serta kuasa barat semakin mendiamkan diri ketika keadaan di wilayah Rakhine menjadi tegang dan negara serantau tidak perlu menunggu atau mengharapkan campur tangan mereka (kuasa barat) kerana terbukti kerajaan Myanmar sehingga kini gagal menyelesaikan masalah penindasan terhadap kaum Rohingya.

“Jalan penyelesaian perlu dirancang yang mana ianya akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelarian Rohingya, malah memberi peluang kepada Malaysia untuk memperkuatkan lagi dasar dalam isu bantuan kemanusiaan melalui pengukuhan pengurusan dan bantuan dalam negara.

“Pada masa sama tekanan harus diberikan terhadap kerajaan Myanmar dan tindakan perlu dilaksanakan kerana saudara kita di sana sekarang sedang ditekan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Ali berkata apa yang perlu diutamakan adalah isu pelarian ini diselesaikan secara dalaman dan efektif yang mana ianya bukan sahaja membawa harapan baharu kepada pelarian Rohingya malah dapat melindungi hak rakyat Malaysia.


“Namun atas nama kemanusiaan Malaysia sudah mencuba yang terbaik. Sekretariat ASEAN perlu mencari pendekatan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah dan menggesa PBB dan OIC untuk campur tangan dalam menangani isu global ini serta mewujudkan satu pelan tindakan dalam bersama-sama membantu Myanmar,” jelasnya.

Semalam, media antarabangsa melaporkan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi kini berdepan tekanan dari negara-negara Islam termasuk Bangladesh, Indonesia dan Pakistan bagi menghentikan keganasan di Rakhine yang menyaksikan rumah-rumah penduduk Islam Rohingya terus dibakar sehingga memaksa mereka beramai-ramai melarikan diri ke sempadan Bangladesh.

Menurut laporan berkenaan, sehingga kini, hampir 125,000 pelarian dilapor melarikan diri ke Bangladesh dan angka korban penduduk Rohingya dikatakan berjumlah 3,000 orang. – BERNAMA

Kategori